EURUSD Analisa Fundamental Harian 20 Mei 2015

34

moshedfx-forex-malaysia-eurusd-008

Euro Dollar terus merudum 2 hari berturut-turut, dengan kejatuhan lebih 180 pips Selasa semalam, dari paras tertinggi sekitar 1.1325 sebelum menutup lebih rendah sekitar paras 1.1150; selepas “ZEW Economic Sentiment” Euro-Zone dan Jerman, keduanya merosot lebih buruk dari jangkaan. Jerman turun dari 53.3 kepada 41.9 berbanding 48.8 jangkaan. Euro-Zone pula turun dari 64.8 kepada 61.2 berbanding 62.4 jangkaan.

Kejatuhan paling teruk tahun ini, didorong juga oleh komen-komen tentang program ransangan tambahan dari ECB dan inflasi yang rendah. Presiden Suruhanjaya Eropah telah menafikan kenyataan bahawa dia telah campur tangan dalam rundingan hutang Greece, dan menegaskan pemimpin EU tidak akan bersetuju dengan sebarang perjanjian menyelamatkan Greece pada sidang kemuncak di akhir minggu ini.

Menurut dokumen yang bocor di media Greece pada hari Isnin, Encik Juncker telah mencadangkan pengurangan sasaran bajet yang dikenakan oleh ‘troika’ dan pelepasan dana kecemasan untuk mengelakkan Greece dari bankrap pada musim panas ini. Benoit Coeure dari ECB pula dalam satu teks ucapan, yang dibuat malam tadi di London, bercakap mengenai pembelian awal bon QE untuk mengimbangi ketidakcairan musim panas.

Kemudian untuk menambah buruk lagi keadaan, Gabenor Bank of France Noyer, mencadangkan bahawa mereka tidak akan teragak-agak dengan langkah-langkah ransangan tambahan jika diperlukan.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat