EURUSD Analisa Fundamental Harian 23 Feb 2015

36

moshedfx-forex-malaysia-eurusd-018

Euro Dollar yang menyusut lebih 80 pips sepanjang sesi Asia, kembali melonjak untuk mencapai paras tertinggi harian sekitar 1.1430 apabila sesi New York dibuka Jumaat lalu; apabila Greece diberitakan bersedia untuk mengubah pendirian dengan memohon bantuan kecemasan yang baru selama 6 bulan.  Greece tidak berhasrat untuk menyambung perjanjian dengan ‘troika’ tetapi bersedia membuat perjanjian baru.

Menurut jurucakap IMF, ketika ini semua pihak berhasrat untuk mengurangkan risiko kestabilan pasaran kewangan, kerana dengan keluarnya Greece dari Kesatuan Eropah; ianya akan memberikan kesan buruk dalam jangka panjang, walaupun Greece hanyalah menyumbang 2% dari GDP Kesatuan Eropah.  Menteri EU berbelah bagi dalam keputusan samada mahu menerima permohonan baru Greece itu.

Hari ini dengan data “home sales” bulanan Amerika syarikat yang dijangka menyusut dari 5.04 juta kepada 5.03 juta dan “IFO Index” Jerman yang rata-rata dijangka lebih baik dari sebelumnya; Euro dilihat bakal beraksi dan menguasai pasaran walaupun ianya lebih bersifat sementara.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat