EURUSD Analisa Fundamental Harian 24 Apr 2015

27

moshedfx-forex-malaysia-eurusd-019

Euro Dollar yang menyusut sekitar 50 pips pada sesi Asia Khamis semalam, kembali memacu naik lebih 170 pips pada sesi petang Eropah, untuk mencapai paras tertinggi sekitar 1.0845 sebelum menutup pada sekitar paras 1.0825; selepas Dollar dijual terkesan dari data ekonomi Amerika Syarikat yang dilapor mengecewakan.  Walaupun pagi Eropah menyaksikan data ekonomi Perancis, Jerman dan Euro-Zone yang meleset, ianya tidak menghalang Euro dari dibeli.

Di pasaran Eropah Khamis semalam, data PMI komposit menunjukkan bahawa ekonomi Euro-Zone perlahan sedikit bulan ini (53.5 berbanding 54). Namun begitu, ia terus berkembang pada kadar yang lebih cepat daripada pada tahun-tahun kebelakangan ini. Bagi para optimis, ia seperti ekonomi Euro-Zone baru muncul dari kemelesetan, dibantu oleh harga minyak yang lebih rendah, Euro yang lemah, dan ECB yang cekal.

Walau bagaimanapun, kejatuhan PMI komposit Euro-Zone itu juga, boleh jadi terkesan dari kebimbangan terhadap Greece, yang mula melembapkan pertumbuhan di rantau ini. Kejatuhan PMI komposit itu juga mencerminkan penurunan dalam kedua-dua sektor – pembuatan dan perkhidmatan.  Bila dilihat dengan lebih mendalam, melalui pecahan kepada negara-negara teras:

Jerman mengalami kejatuhan kecil sekitar 54.2 sahaja dan pada tahap itu, ianya masih dianggap tinggi dan selari dengan GDP negara tersebut yang dikira agak baik buat masa ini.  Walau bagaimanapun, Perancis yang merupakan ekonomi kedua terbesar di Eropah, telah kembali meleset (50.2) apabila tempahan untuk eksport jatuh pada kadar terpantas dalam tempoh enam bulan. Ia seolah-olah bahawa Euro yang lemah tidak membantu negara itu untuk menjadi lebih berdaya saing.

Secara kolektif, data PMI menunjukkan ekonomi Euro-Zone yang mungkin gagal untuk mengumpul momentum pada suku kedua, dan dengan kebimbangan Grexit yang semakin menjadi kenyataan, ia hanya akan meningkatkan lagi kerisauan terhadap kelembapan ekonomi di rantau ini.

Trading anda masih belum konsisten? Mantapkan kefahaman Asas anda dalam teknikal dan fundamental analisis dengan memiliki Pakej Mudahnya Belajar Forex dari MoshedFX – Klik Sini untuk lihat Testimoni

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat