EURUSD Analisa Fundamental Harian 26 Aug 2015

39

moshedfx-forex-malaysia-eurusd-006

Euro Dollar jatuh lebih 200 pips Selasa semalam untuk mencapai paras terendah harian sekitar 1.1395 sebelum menutup sekitar paras 1.1515; setelah Bank of China semalam mengumumkan pengurangan kadar pinjaman satu tahun sebanyak 25 mata asas kepada 4.6%, dan 50 mata asas diturunkan bagi keperluan rizab kebanyakan bank-bank besar, bertujuan menyokong ekonomi yang merudum dan kejatuhan pasaran saham.

Di pasaran Eropah, menteri ekonomi Jerman berkata keadaan ekonomi yang baik di Jerman akan terus dibantu oleh trend di Eropah yang menggalakkan dan harga minyak yang lebih rendah, sambil menambah bahawa beliau tidak bimbang tentang kesan perkembangan di China.

Indikator IFO bagi iklim perniagaan Jerman meningkat bagi bulan kedua berturut-turut pada bulan Ogos, manakala konsensus menjangka penurunan yang terhad. Indeks meningkat 108.0-108.3, mencapai tahap tertinggi dalam tempoh tiga bulan. Melihat kepada butiran, peningkatan itu berdasarkan penilaian sub-indeks semasa, manakala indeks jangkaan lemah sedikit, 102.3-102.2.

Dapatkan Pakej Lengkap Mudahnya Belajar Forex yang dihasilkan oleh MoshedFX. Pakej Lengkap merupakan Ebook, Video, dan Support dari MoshedFX untuk mula menjana keuntungan melalui Forex Trading – Klik Sini untuk lihat Testimoni yang sudah berjaya !

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat