EURUSD Analisa Fundamental Harian 27 Oct 2015

41

moshedfx-forex-malaysia-eurusd-016

Euro Dollar melonjak lebih 60 pips Isnin semalam, untuk mencapai paras tertinggi harian sekitar 1.1070 sebelum menutup sekitar paras 1.1055; setelah pulih sedikit selepas kemerosotan teruk minggu lepas, ekoran janji Presiden ECB Encik Mario Draghi tentang rangsangan tambahan pada Disember ini.

Di pasaran Eropah, data iklim perniagaan Jerman hari ini agak bercampur-campur tetapi keseluruhannya lebih baik daripada jangkaan, sekaligus membantu untuk menyokong Euro. Walau bagaimanapun ianya lebih rendah dari bulan sebelumnya. Pertumbuhan dalam negeri masih berdaya tahan, tetapi ECB melihat risiko penurunan dalam pertumbuhan; dengan pertumbuhan suku ketiga sekitar tahap yang sama dengan suku kedua.

[adrotate group=”6″]

Hakikatnya masa depan Eurozone tidaklah kelihatan begitu menggalakkan, walaupun terdapat beberapa sektor yang memberansangkan. Baru-baru ini, eksport Euro-Zone, pengeluaran industri, jualan runcit dan pertumbuhan KDNK (GDP), semuanya telah melihat peningkatan nominal.  Selain itu, kadar inflasi Euro-Zone kini seolah-olah terperangkap dalam gear rendah.

Dalam mesyuarat dasar ECB baru-baru ini, Presiden Mario Draghi berjanji untuk bertindak pada bila-bila masa yang diperlukan sekiranya pemulihan ekonomi terus-menerus lesu.  Ini termasuk ransangan tambahan, pemanjangan tempoh QE melepasi September 2016, mahupun memperkenalkan kadar deposit negatif seperti Switzerland.

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat