EURUSD Analisa Fundamental Harian 30 Sep 2015

48

moshedfx-forex-malaysia-eurusd-014

Euro Dollar berada dalam dagangan ‘sideway’ Selasa semalam, dengan pergerakan sekitar 85 pips dari paras tertingi harian sekitar 1.1280 ke serendah 1.1195, sebelum menutup sekitar 1.1250; setelah angka kadar inflasi yang rendah bagi negara-negara Euro-Zone dilaporkan semalam.

Di pasaran Eropah, berita bahawa pengeluar kereta lain kini sedang disiasat, kerana Volkswagen didapati telah menipu ujian ekzos AS, menyebabkan permintaan untuk Euro terumbang-ambing. Sekiranya ia benar bahawa syarikat-syarikat kereta yang lain juga sebenarnya menipu, industri automotif Jerman dijangka akan terjejas teruk.  Isu-isu ekonomi yang serius di negara yang paling berpengaruh di blok ekonomi Eropah itu akan memudaratkan Euro-Zone secara keseluruhan.

[adrotate group=”6″]

Laporan Inflasi Jerman yang mengecewakan semalam, -0.2% berbanding jangkaan -0.1% serta 0.0% pada sebelumnya, menunjukkan risiko telah meningkat seperti telahan Bank Pusat Eropah.  Pasaran juga telah mengurangkan jangkaan inflasi mereka bukan sahaja untuk jangka pendek, tetapi juga untuk jangka masa sederhana.  Risiko penurunan yang ketara kepada pertumbuhan ekonomi dan prospek inflasi datang dari kadar pertukaran EUR/USD.

Dari paras terendah pada awal tahun ini, kadar pertukaran EUR/USD telah meningkat sebanyak kira-kira 9%, cukup untuk mengurangkan pertumbuhan ekonomi dan inflasi sebanyak 0.4% atau lebih, mengikut perhitungan para penganalisis. Bagi ECB, ini agak membimbangkan dan tidak hairanlah ramai penganalisis menjangkakan ECB bakal menambah dana ransangan dalam masa terdekat.

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat