EURUSD Analisa Fundamental Harian 5 Oct 2015

28

moshedfx-forex-malaysia-eurusd-018

Euro Dollar melonjak lebih 170 pips Jumaat lalu untuk mencapai paras tertinggi harian sekitar 1.1320, sebelum menyusut semula pada petang New York untuk menutup sekitar paras 1.1210; setelah laporan data NFP AS yang jauh meleset dari jangkaan mendorong pembelian Dollar pada kadar yang lebih rendah.

Dalam keputusan diluar jangkaan, Federal Reserve AS mengekalkan kadar pada mesyuaratnya pada bulan September lalu, sambil memetik pasaran saham yang tidak menentu dan juga kebimbangan mengenai kelembapan ekonomi global sebagai penghalang kenaikan segera.  Walau bagaimanapun pegawai-pegawai Feds telah berulang kali mengatakan bahawa mereka masih berada di atas landasan untuk menaikkan kadar jangka pendek buat kali pertama selepas enam tahun, pada tahun ini.

[adrotate group=”6″]

Dalam pada itu, laporan NFP pada bulan September meningkat sebanyak 142 ribu sahaja, iaitu jauh lebih lemah daripada 201 ribu yang dijangka oleh ahli ekonomi. Kadar pengangguran pula stabil pada 5.1%, selari dengan jangkaan. Purata minggu kerja bagi semua pekerja pula dilaporkan menurun sebanyak 0.1 jam kepada 34.5 jam pada bulan September.  Pada bulan September, purata pendapatan setiap jam adalah sekitar $25.09, berubah sedikit (-1 sen AS), selepas kenaikan 9 sen AS pada bulan Ogos.

Hari ini mesyuarat Euro Group bermula bagi membincangkan masa depan ekonomi Euro-Zone dan pelbagai krisis yang serantau yang perlu ditangani negara-negara blok ekonomi Eropah itu.  Malam nanti, AS pula bakal melaporkan ISM “non-manufacturing” PMI yang dijangka susut dari 59 kepada 58 untuk bulan September.

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat