Euro Dollar berada dalam dagangan ‘sideway’ Khamis semalam, dengan pergerakan sekitar 60 pips dari paras tertinggi harian sekitar 1.0895 ke serendah 1.0835, sebelum menutup lebih tinggi dari pembukaan; dalam komen yang bertentangan dari ECB dan FOMC. Presiden ECB Mario Draghi telah bercakap untuk menyokong ekonomi Euro-Zone dengan rangsangan pada Disember ini, manakala Pengerusi Feds Janet Yellen memberi keterangan semalam kepada Kongres Amerika Syarikat bahawa Feds akan mula menaikkan kadar pada bulan Disember.
Dollar AS meningkat kepada paras tiga bulan tertinggi, manakala pasaran saham Eropah dan Asia susut Khamis semalam selepas jangkaan daripada kenaikan pertama dalam kadar AS dalam hampir satu dekad akan datang pada bulan depan. Pengerusi Federal Reserve Janet Yellen dan dua pegawai kanan merujuk kepada Disember sebagai “kemungkinan sebenar” untuk kenaikan, selepas berbolak balik beberapa bulan bagi menangani kemampuan pasaran dometik dan global dalam menghadapi kenaikan kos pinjaman.
[adrotate group=”6″]
Cabaran sekarang adalah data AS dalam beberapa minggu akan datang. Data AS pada Rabu menyokong keyakinan Yellen, dengan angka pekerjaan majikan swasta yang mantap pada bulan Oktober, serta lonjakan pesanan baru yang menyokong aktiviti dalam sektor perkhidmatan. Hari ini laporan NFP akan menjadi penentu sama ada sentimen kenaikan kadar pada Disember ini akan menjadi nyata atau hanya satu igauan.