EUR/USD Jatuh 40 Pip, Ketidaktentuan Politik Di Sepanyol Melemahkan Euro

55

Pasangan matawang EUR/USD meneruskan penurunan pada sesi Asia hari Isnin berikutan para pelabur bimbang dengan implikasi daripada referendum kemerdekaan Catalonia, Sepanyol di Zon Eropah yang sering dipertikaikan dan aliran wang yang kecil dengan pasaran China tutup selama seminggu sempena cuti umum negara.

Selain itu, jangkaan kadar faedah Fed yang akan dinaikkan pada tahun ini, memberi sokongan kepada dolar, menjadikan para pelabur lebih tertarik dengan aset-aset di US bagi mencari hasil lebih tinggi dalam pelaburan mereka.

Dolar teruskan mengukuh berbanding matawang utama lain dengan USD/JPY jatuh 0.29% kepada 112.83 pada jam 12.30 tengahhari, manakala AUD/USD berada di paras 0.7821, susut 0.19%.

EUR/USD menunjukkan penurunan terbesar sebanyak 40 pip kepada 1.1778 dan GBP/USD susut 0.21% kepada 1.3369

Indeks US dolar yang mengukur kekuatan greenback berbanding enam matawang lain naik 0.30% kepada 93.19.

Bank pusat Jepun (BoJ) mengeluarkan laporan kajian Tankan untuk suku tahun ketiga, dan bacaan indeks pengeluaran meningkat kepada 22 berbanding jangkaan 18.

Antara tumpuan pasaran juga adalah komen terbaru oleh Pengerusi Fed, Janet Yellen berkenaan tempoh masa yang akan diambil bank pusat untuk menaikkan kadar faedah, diikuti data NFP pada hari Jumaat nanti. Selain itu, Presiden ECB, Mario Draghi juga dijadualkan berucap pada hari Rabu minggu ini.

Pada hari Sabtu lalu, bank pusat China (PBOC) memotong jumlah wang tunai yang boleh dimiliki oleh bank sebagai rizab (reserve requirement ratio – RRR) pertama kali sejak Februari 2016 dengan tujuan untuk mengalakkan lebih banyak pinjaman daripada syarikat-syarikat kecil dan meningkatkan pertumbuhan dalam sektor swasta.

PBOC juga berkata mereka akan mengekalkan pendirian neutral dalam dasar monetari dan masih menggunakan beberapa alat dasar monetari untuk memastikan kecaiaran kekal stabil.

Dolar Kanada (loonie) juga jatuh ke paras terendah pada Jumaat lalu, selepas data menunjukkan pertumbuhan ekonomi Kanada terhenti pada bulan Julai, meredakan tekanan bank pusat Kanada (BoC) untuk menaikkan kadar sekali lagi.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat