Event dan Data Penting Matawang GBP Hari Ini, CPI & Carney!

38

Fokus pasaran hari ini sudah tentu akan terarah kepada data inflasi UK yang akan dikeluarkan pada pukul 4.30 petang. Selain itu Gabenor Carney juga akan memberi keterangan hari ini di hadapan Treasury Select Committee di London.

Pertama sekali hari ini, tumpuan adalah kepada data inflasi harga pengguna yang terdiri daripada CPI (consumer price idnex) PPI (producer price index) dan RPI (retail price index).

Data yang akan jadi tumpuan pasaran adalah data CPI dan RPI. Jangkaan pasaran bagi data CPI kali ini adalah peningkatan kepada 3.0% y/y (tahunan) dari 2.9% sebelum ini. Jika data lebih daripada jangkaan sudah tentu akan menekan Bank pusat untuk mengetatkan polisi beberapa bulan akan datang. Hal ini juga sudah tentu akan menambah kenaikan matawang GBP.

Data RPI pula iaitu data yang lebih fokus kepada perbelanjaan pengguna dijangka naik 4.0% y/y (tahunan) dari 3.9% sebelum ini.

Hari ini Mark Carney juga akan muncul dua kali di Parlimen pada pukul 6.15 petang. Pasaran akan memberi tumpuan kepada komen Carney terhadap kenaikan kadar faedah di masa hadapan.

Jadi, seperti biasa jika komen Carney berbaur hawkish hari ini, ia akan meyokong pengukuhan GBP terutamanya berbanding matawang-matawang yang lemah.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat