Evergrande Punca Matawang Ini Meningkat Pada Sesi Asia!

582

Berita positif menghiasi pasaran pada awal sesi Asia selepas syarikat hartanah gergasi China, Evergrande dilaporkan telah membayar pembayaran faedah bon bernilai $83.5 juta pada hari Khamis.

Perkembangan ini telah mendorong matawang sensitif risiko seperti dolar Aussie dan New Zealand untuk kembali meningkat, setelah kejatuhan yang disebabkan kegagalan Evergrande menjual asetnya kepada Hopson Development Holdings.

Ini sedikit sebanyak membantu meredakan kebimbangan pasaran daripada menyaksikan kejatuhan Evergrande kerana gagal melunaskan hutang-hutangnya dan memberi impak besar kepada pasaran global.

Dagangan dolar greenback sedikit susut berikutan peningkatan matawang antipodean, tetapi kekal stabil berbanding kebanyakan matawang utama lain dengan diperdagangkan di sekitar harga 93.70.

Pada sesi sebelum ini, raja matawang US dolar menguasai pasaran susulan data tuntutan pengangguran AS yang jatuh ke paras terendah 19 bulan pada minggu lepas, menandakan pasaran buruh yang semakin kuat.

Sementara hasil perbendaharaan AS 10 tahun pula turut mempamerkan prestasi yang kuat dengan meningkat lebih tinggi ke tahap 1.70% pada pembukaan sesi Asia.

Matawang pound sedikit meningkat dengan pergerakan harga terus bertahan di atas paras harga 1.3800 berbanding US dolar, sementara dagangan euro juga stabil menjelang penerbitan data ekonomi dari UK dan Zon Eropah pada sesi Eropah hari ini.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat