Gagal Jual Aset $2.6 Bilion, Evergrande Terus Menderita!

3,596

Setelah perdagangan dihentikan selama 17 hari, saham Evergrande kembali dibuka semula dengan prestasi menyuramkan pada Khamis setelah kesepakatan untuk menjual sebahagian asetnya kepada Hopson Development Holdings gagal.

Firma hartanah gergasi China itu sebelum ini dikatakan sedang dalam perbincangan untuk menjual sebahagian daripada unit perkhidmatannya kepada Hopson, saingannya yang lebih kecil.

Bagaimanapun, pada hari Rabu, Hospson telah mengumumkan bahawa perbincangan untuk membeli kepentingan 50.1% dalam Evergrande Property Services gagal dilakukan.

Evergrande kemudiannya mengesahkan penamatan kesepakatan tersebut dalam pemfailan yang berasingan. Perjanjian itu bernilai 20.04 bilion dolar Hong Kong ($2.58 bilion), menurut laporan tersebut.

Hopson Development adalah sebuah syarikat hartanah China yang berhutang dengan Evergrande, dan beberapa penganalisis berpendapat bahawa kesepakatan itu adalah cara untuk Evergrande menghapus hutangnya.

Namun, menurut Hopson, Evergrande mengatakan perjanjian itu telah ditamatkan pada 13 Oktober dan ia kini sedang mencari pilihan lain yang tersedia untuk melindungi kepentingannya.

Krisis hutang Evergrande telah mencetuskan kebimbangan bahawa keruntuhannya yang berpotensi boleh menyebabkan pasaran global turut terkesan.

Pelabur kini bimbang mengenai hutang yang ditanggung syarikat itu melebih $300 bilion. Jumlah liabiliti syarikat sama dengan sekitar 2% daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) China.

Ketika penulisan, saham Evergrande diperdagangkan di sekitar harga 2.56 HKD selepas jatuh lebih 12% pada sesi dagangan hari ini di Hong Kong.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat