Exchanger Kripto Ini Makin Popular Lepas Piala Dunia 2022!

184

Perlawanan Piala Dunia Bola Sepak 2022 di Qatar membuka lebih banyak peluang dan kelebihan untuk dimanfaatkan oleh ramai pihak, tak terlepas juga dalam bidang kripto.

Turut dilaporkan meraih populariti hebat adalah syarikat kripto exchanger BIT yang mengambil peluang keemasan melancarkan kempen baharu bagi meraikan kejohanan tersebut melalui kaedah yang unik.

Pelancaran berikut berjaya menyaksikan stastistik aplikasi harian BIT untuk muat turun serta pendaftaran melonjak lima kali ganda manakala penggunaan aktif sebanyak tiga kali ganda.

Berbalik kepada topik asal, kempen tersebut membenarkan para pengguna platformnya menyertai permainan meneka berkaitan pasukan manakah yang akan menang pada setiap perlawanan dan memberi ganjaran lumayan kepada sesiapa yang menonton Piala Dunia FIFA 2022.

Buktinya, pool hadiah* bernilai $1 juta yang digelar “World Cup Wizard” akan diberi kepada individu-individu yang dapat membuat tekaan pasukan yang akan menang dalam kejohanan tersebut.

*Jumlah wang yang diagihkan dalam kalangan pemenang dalam kejohanan

Oleh demikian, pihak yang berminat memasuki pool hadiah itu harus mendaftar di platform BIT terlebih dahulu sebelum mendapat mata Rad-Bit bagi mengambil bahagian dalam acara tersebut.

Pengguna baharu akan menerima 500 RadBits seterusnya tambahan 1,000 Radbits jika mereka melengkapkan KYC masing-masing.

Diperjelaskan lagi, pengguna juga harus mendepositkan sekitar $100 dalam akaun BIT jika berhasrat mengumpul lebih banyak RadBits, namun mereka boleh mendapatkan sejumlah RadBits sekiranya dapat meneka dengan tepat pasukan yang akan menang.

Tambahan daripada itu, RadBits yang dikumpul boleh ditukarkan kepada pelbagai token lain yang disenaraikan di exchanger BIT.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat