Facebook dan Instagram Akan Ditutup! Sudah Bersediakah Dunia?

25,275

Main TikTok jelah lepas ni. Facebook dengan Instagram dah nak mati.

Aplikasi Facebook dan Instagram milik Meta Platform Inc memberi amaran akan menutup perkhidmatannya di Eropah andai ia tidak dapat memindahkan data daripada pengguna Eropahnya kepada pelayan yang berpangkalan di Amerika Syarikat (AS).

Hal ini terjadi ekoran udang-undang yang telah diperkenalkan di Eropah, dimana mereka telah melarang sebarang data penggunanya daripada dibawa keluar dari benua Eropah untuk diproses.

Pihak Meta membidas rang undang-undang tersebut dengan mengeluarkan kenyataan mengenai kepentingan perkongsian data tersebut adalah bagi menyediakan perkhidmatan dan pengiklanan yang disasarkan kepada pengguna.

Tambahnya lagi, undang-undang dan peraturan yang diluluskan pegawai selia dan badan perundangan Eropah tersebut telah memberi kesan yang teruk kepada operasinya.

Sebelum ini, Meta telah memperkenalkan rangka kerja pemindahan data transatlantik, Privacy Shield bagi menjalakan pemindahan data namun, rangka kerja tersebut tidak disahkan oleh Mahkamah Keadilan Eropah pada Julai 2020 kerana ia melanggar perlindungan data.

Buat masa ini, Meta hanya bergantung kepada Klausa Kontrak Standard untuk memindahkan data, yang dpercayai tertakluk kepada ‘penelitian kawal selia dan kehakiman’.

Ini bukan kali pertama Meta menghadapi masalah berkenaan larangan memindahkan data pengguna. Sebelum ini, Meta pernah menyalahkan Apple kerana menukar polisi privasi pengguna iPhone sehingga menyebabkan saham Meta menjunam teruk.

Sehubungan itu, Mark Zuckerberg turut merasai kesannya sehingga menyebabkan kekayaan beliau jatuh sedikit.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat