Meta Punca Mark Zuckerberg Jatuh Miskin?

41,751

Yang kaya dah semakin miskin, tapi yang miskin boleh jadi kaya.

Mark Zuckerberg kehilangan sebanyak US$31 bilion atau RM129.66 bilion ekoran kejatuhan saham terbesarnya dalam masa sehari oleh Meta Plaftrom Inc, yang juga penurunan terburuk dalam sejarah pasaran saham.

Menurut indeks Bloomberg Billionaires, ini secara tidak langsung menurunkan nilai bersih Zuckerberg sebanyak $89.6 bilion selepas kerugian $35.9 bilion tahun ke tahun (YOY).

Facebook milik Meta telah menyaksikan laporan pendapatan yang lemah dengan penurunan sebanyak 26% dan menyebabkan ia kehilangan modal pasaran sebanyak $251.3 bilion.

Penurunan kekayaan selama sehari yang dialami oleh Zuckerberg merupakan antara yang terbesar dalam sejarah selepas Elon Musk yang pernah kehilangan sebanyak $35 bilion pada November.

Musk telah kehilangan sebanyak $3.44 bilion semalaman menjadikan kerugian tahun ke tahun berjumlah $39.3 bilion tetapi tetap berjaya mengekalkan kedudukannya di tangga teratas dengan kekayaan sebanyak $231 bilion.

Dalam pada itu, bekas orang terkaya dunia, Jeff Bezos jatuh ke tangga ke-3 selepas kehilangan $11.9 bilion dengan jumlah kekayaan $164 bilion.

Selain itu, di tangga ke-2, Bernard Arnault, pengerusi dan ketua pegawai eksekutif (CEO) Louis Vuitton memiliki kekayaan sebanyak $167 bilion.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat