Fahami Kitaran Pasaran Kripto Untuk Jangkaan Hala Tuju BTC!

708

“Hmm agak-agak harga BTC akan teruskan kenaikan atau turun pula lepas ni?”

Pasaran mata wang kripto sama seperti pasaran tradisional tetapi aset digital mempunyai kitarannya yang tersendiri, oleh itu terdapat pihak sungguh percaya pergerakan sekarang berada di peringkat awal kitaran baharu.

Susulan menggunakan Bitcoin (BTC) sebagai penanda aras, berikut adalah struktur tipikal kitaran pasaran kripto:

  • Harga BTC memuncak pada paras tertinggi baharu sepanjang masa.
  • BTC kemudiannya mengalami penerjunan 80% ataupun lebih lagi.
  • Harga akhirnya turun hampir tepat satu tahun sejurus selepas kitaran tinggi sebelumnya.
  • BTC mula pulih dan mengambil masa kira-kira dua tahun untuk capai paras tertinggi baharu sepanjang masa.
  • BTC terus meningkat selama setahun lagi sebelum mendahului pada kitaran tinggi seterusnya.
  • Kemudian kitaran berulang.

Konsistensi kitaran itu bukanlah secara kebetulan susulan ia didorong oleh arah aliran makro yang lebih besar, bagaimanapun perlu diketahui BTC bukanlah lindung nilai inflasi seperti dipercayai ramai tetapi lindung nilai terhadap penurunan nilai mata wang.

Umum mengetahui halving BTC yang akan berlaku pada April 2024 bukanlah pemangkin utama untuk BTC naik, tetapi ia adalah naratif kuat yang pastinya dapat mendorong harganya mendaki lebih tinggi ditambah pula jika spot BTC ETF diluluskan.

Rentetan pemulihan seterusnya dalam mudah tunai bank pusat telah menjadi sokongan utama untuk pemulihan dalam aset berisiko pada tahun ini terutamanya kripto, harga BTC mungkin mencapai paras tertinggi sepanjang masa baharunya menjelang suku keempat 2024.

Kebanyakan ekonomi terbesar di dunia dibebani hutang yang besar manakala di Amerika Syarikat (AS) defisit fiskal dijangka menjadi lebih teruk dan ini membawa makna bahawa lebih banyak pengeluaran hutang akan berlaku.

Sejurus selepas mencapai $44,452, harga BTC yang kini didagangkan pada paras $43,908 telah mencatatkan penurunan sedikit kira-kira 0.37% dalam tempoh 24 jam lalu tetapi tetap raih 16.19% sepanjang minggu lepas.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat