‘Rupanya ada kena-mengena dengan krisis Rusia-Ukraine .’
Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) menyatakan lonjakan pada harga minyak sawit mentah (CPO) ada berkaitan dengan peningkatan harga minyak Brent ekoran krisis Rusia-Ukraine dan had pengeluaran yang ditetapkan oleh Pertubuhan Negara Pengeksport Petroleum (OPEC).
Menurut pengarah urusan MPOB, Datuk Dr Ahmad Parveez Ghulam Kadir berkata harga minyak mentah Brent telah didagangkan tinggi pada US$115.58 setong pada 1 Mac berbanding $103.87 setong pada 28 Februari.
Di pasaran tempatan, harga CPO harian mencatat paras tertinggi dalam sejarah pada RM7,600 setan dengan kontrak dagangan tertinggi dan terendah pada RM7,700 setan dan RM7,500 setan.
Di bawah adalah ringkasan faktor-faktor harga CPO melambung tinggi.
- Pengukuhan pada harga minyak sawit mentah Brent di pasaran seterusnya, membuatkan minyak sawit mentah lebih menjadi pilihan bagi bahan mentah biodiesel
- Trend kenaikan pada harga minyak kacang soya , di mana, ia didagangkan tinggi $1,457 setan pada Disember 2021, $1,508 setan pada Januari 2022 dan setakat 1 Mac 2022 ia melambung tinggi pada $1,804 setan.
- *India terpaksa meningkatkan import minyak sawit mentah ekoran terdapat kelewatan penghantaran minyak bunga matahari kerana krisis Rusia-Ukraine bagi memenuhi permintaan penduduknya.
*India mengimport minyak sawit terbesar dari Malaysia dan Indonesia dan mengimport minyak sayuran terbesar (minyak kacang soya dari Argentina dan Brazil, minyak bunga matahari dari Rusia dan Ukraine).
- Kekurangan pengeluaran CPO sebanyak 1.25 juta setan berbanding 1.45 juta setan pada Disember telah menyebabkan lonjakan pada harganya.