Faktor Volatiliti Harga Yang Tinggi Dorong Pelabur Lebih Berwaspada

362

Setelah melalui sesi dagangan yang menyuramkan pada minggu lepas, raja mata wang US dolar kembali stabil pada pembukaan minggu ini ketika kebanyakan pasaran kewangan utama ditutup sempena cuti perayaan Krismas.

Pada sesi Asia, indeks utama US dolar didagangkan stabil di paras harga 96.10 berbanding sekumpulan mata wang utama lain.

Biro Analisis Ekonomi Amerika Syarikat melaporkan pada hari Khamis bahawa Perbelanjaan Penggunaan Peribadi Teras (PCE), ukuran inflasi pilihan Fed, melonjak kepada 4.7% secara tahunan pada bulan November daripada 4.2% yang dicatatkan sebelumnya.

Sementara itu, dagangan bagi kebanyakan mata wang utama pula tidak banyak berubah, menyaksikan peneraju utama sesi Asia, dolar Aussie dan New Zealand didagangkan meningkat di sekitar paras ketinggian satu minggu.

Mengikuti perkembangan mata wang Eropah, euro kembali didagangkan di atas paras harga 1.1300 berbanding USD selepas penyusutan yang dicatatkan sebelum dagangan ditutup pada Jumaat.

Mata wang pound pula terus menguat pada sekitar harga 1.3400 berbanding dolar greenback setelah disokong oleh beberapa berita positif mengenai Brexit dan kebimbangan yang mereda mengenai varian Omicron.

Dalam pada itu, dolar loonie mempertahankan pengukuhannya dengan sokongan daripada kenaikan harga minyak mentah dunia dan data ekonomi yang menunjukkan ekonomi Kanada kekal kukuh pada bulan Oktober.

Menyusuri sesi dagangan yang tenang pada minggu ini, faktor volatiliti harga yang tinggi dalam pasaran didorong oleh kecairan yang rendah bakal membuatkan pasaran berisiko. Pemain pasaran berkemungkinan ‘berehat’ dari memasuki posisi pada minggu ini dan bersedia untuk sesi dagangan awal tahun 2022.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat