‘Falcon Heavy’ Roket Paling Berkuasa Pernah Dilancarkan – Tonton Pelancaran Roket Tersebut

949

Tahukah anda? Pada masa anda membaca artikel ini kereta pertama di dunia telah pun sampai di angkasa untuk mengorbit matahari.

Dari tapak pelancaran yang sama di mana NASA melancarkan roket yang membawa angkasawan ke bulan, kini roket yang lebih besar dilancarkan ke angkasa pada Selasa. Kali ini NASA sama sekali tidak terlibat. Roket ini dinamakan sebagai ‘Falcon Havey’ yang dibina oleh SpaceX iaitu syarikat yang diasaskan oleh Elon Musk.

“Ia seakan fantasi bagi saya,” kata Elon Musk selepas pelancaran itu.

Pelancaran roket versi ini yang menggunakan ‘caj turbo’ adalah satu batu loncatan kepada penerbangan angkasa. Ia juga adalah kali pertama roket yang berkuasa tinggi seperti ini dihantar ke angkasa oleh syarikat swasta tanpa melibatkan agensi kerajaan seperti NASA.

Roket tersebut membawa kereta Tesla milik pengasasnya yang juga Elon Musk. Pemandu yang duduk di kereta tersebut adalah patung yang dipakaikan pakaian seorang angkasawan, dan ia dijangka akan mengorbit matahari untuk jutaan tahun lamanya.

Lihat kejayaan pelancaran roket Falcon Heavy pada Selasa dalam pautan di bawah:

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat