FBM KLCI Naik Lebih Tinggi, Saham Wajaran Tinggi Kekal Jadi Rebutan

272

Bursa Malaysia mengakhiri sesi pagi lebih tinggi pada hari ini (Isnin) dengan pembelian berterusan saham wajaran tinggi terpilih mengekalkan indeks penanda aras tempatan dalam kawasan positif.

Pada jam 12.30 tengah hari, FBM KLCI telah meningkat 4.76 mata kepada 1,544.62 daripada ia ditutup pada 1,539.86 pada Jumaat lalu.

Indeks utama yang dibuka 2.15 mata lebih tinggi pada 1,542.01 dan kini bergerak antara 1,540.77 hingga 1,547.02 semasa sesi pagi tadi.

Walau bagaimanapun, keluasan pasaran sedikit negatif dengan kaunter rugi mengatasi kaunter untung dengan 451 berbalas 424. Manakala, 449 kaunter tidak berubah, 935 tidak diniagakan dan 12 yang lain digantung.

Jumlah dagangan adalah berjumlah 2.28 bilion unit yang bernilai RM1.32 bilion.

Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd, Thong Pak Leng berkata indeks penanda aras dijangka berlegar-legar dalam julat 1,540 hingga 1,550.

Sementara itu, aliran menaik dalam harga minyak sawit mentah sangat mengagumkan dengan mencecah RM4,100 satu tan. Justeru, kaunter perladangan mungkin terus menarik minat.

Antara kaunter wajaran tinggi, Malayan Banking Bhd (Maybank) menokok lima sen kepada RM9.80 sesaham, Public Bank Bhd naik satu sen kepada RM4.30, CIMB Group Holdings Bhd menokok dua sen kepada RM6.67 dan Petronas Chemicals Group Bhd naik 10 sen kepada RM6.91. Manakala Tenaga Nasional Bhd susut enam sen kepada RM6.67.

Bagi kaunter aktif, Hong Seng Consolidated Bhd pada 1.5 sen dan TWL Holdings Bhd pada empat sen meningkat setengah sen setiap satu, Powerwell Holdings Bhd meningkat 2.5 sen kepada 39 sen dan Pegasus Heights Bhd tidak berubah pada setengah sen.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas naik 34.35 mata kepada 11,457.49, Indeks FBMT 100 naik 36.30 mata kepada 11,124.35, dan Indeks FBM Emas Shariah meningkat 20.77 mata kepada 11,444.75.

Indeks FBM 70 memperoleh 58.87 mata kepada 15,462.25, manakala Indeks FBM ACE meningkat 15.69 mata kepada 4,704.74.

Dari segi sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan menokok 37.37 mata kepada 17,406.11, Indeks Perladangan turun 5.82 mata kepada 7,310.51, dan Indeks Tenaga susut 5.09 mata kepada 898.48. Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian meningkat 0.94 mata kepada 175.10.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat