Fed Evans Positif Dengan Kenaikan Kadar Perlahan-Lahan

61

Presiden Fed Chicago Charles Evans berkata pada Isnin bahawa, “dengan inflasi sukar untuk meningkat walaupun kadar pengangguran capai paras terendah 16 tahun lalu, The Federal Reserve harus menaikkan kadar faedah perlahan-lahan.”

“Dengan melihat data ekonomi yang perlahan, “Saya tidak melihat kenapa kita tidak perlu menunggu lebih banyak masa,” kata Evans kepada wartawan selepas ucapannya di Universiti New York.

Tambah beliau, perkara penting adalah keadaan ekonomi semasa menyokong kenaikan kadar faedah secara beransur-ansur dan juga pengurangan penyata imbangan secara perlahan.

Beliau mengulangi ucapan yang hampir sama pernah beliau berikan pada Mei di mana beliau berkata, “Dengan Fed telah mencapai sasaran gunatenaga penuh, hasil polisi selama ini meleset kerana sasaran inflasi 2% masih belum dicapai.”

Kadar pengangguran telah jatuh ke paras terendah 4.3% pada Mei, tetapi inflasi masih bergerak jauh dari kadar sasaran 2%.

Walaupun beliau memberi amaran inflasi terlalu rendah, Evans minggu lalu mengundi kenaikan kadar faedah bank pusat. Kenaikan kadar faedah biasanya bertujuan memperlahankan pertumbuhan ekonomi dan kenaikan inflasi.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat