Fed ‘Kacau’ Momentum USD Untuk Jatuh Semula!

604

Pelabur dipersembahkan dengan penghujung dagangan Mei yang rancak, menyaksikan perubahan US dolar yang tiba-tiba mengukuh dan melemah.

Pada sesi New York, greenback pada mulanya jatuh susulan data PMI Chicago yang suram tetapi ia kembali melonjak ke paras ketinggian baharu selepas laporan JOLTS yang lebih kukuh.

Walau bagaimanapun, ia kembali menjunam setelah terkesan oleh kenyataan beberapa penggubal dasar Federal Reserve (Fed) selain turut terkesan oleh pengambilan untung oleh pasaran pada hujung bulan.

Ahli lembaga gabenor Fed, Philip Jefferson berkata menghentikan sementara kenaikan kadar akan membolehkan bank pusat untuk melihat lebih banyak data sebelum melanjutkan pengetatan.

Turut menawarkan kenyataan yang sama, Presiden Fed Philadelphia Patrick Harker beliau menyokong untuk menghentikan sementara kenaikan pada mesyuarat bulan Jun.

Jangkaan untuk kadar faedah dinaikkan turun kepada 30% peluang daripada 70% susulan kenyataan tersebut.

Ekoran daripada itu, indeks dolar diniagakan lebih rendah pada sekitar harga 104.20 berbanding sekumpulan mata wang utama pada sesi Asia.

Pelabur kini memberi tumpuan kepada terbitan data pekerjaan ADP dan PMI pembuatan sebelum diperlihatkan dengan data NFP pada hari Jumaat.

Susulan penyusutan USD, mata wang yen terus meraih sokongan untuk meningkat dan bangkit semula dari paras terendahnya.

Euro pula sedikit meningkat selepas menjunam ke paras terlemah terbaru susulan bacaan inflasi Jerman yang mengecewakan, manakala pound pula didagangkan lebih kuat.

Sementara itu, dolar Aussie dan kiwi kekal didagangkan lebih rendah selepas mengakhiri dagangan Mei dengan kerugian sederhana susulan data PMI China yang mengecewakan.

Anda juga boleh mengintai peluang-peluang yang disajikan oleh INTRADAY melalui program komuniti, pendaftaran akaun trading dan bermacam-macam lagi. Untuk info lanjut, KLIK DI SINI.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat