Fed Kekal Nada Hawkish, Emas Makin Longlai!

546

Logam emas pada pembukaan pasaran sesi Asia hari ini didagangkan melemah sehingga $2,311 apabila dolar Amerika Syarikat (AS) dan hasil perbendaharaan mengalami peningkatan disebabkan para pelabur menunggu data inflasi PCE pada Jumaat minggu ini.

Hal ini kerana data tersebut dapat memberi petunjuk mengenai pemotongan kadar faedah oleh Federal Reserve (Fed) pada tahun ini ditambah pula terdapat data Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) pada Khamis esok.

Menurut Presiden Fed Chicago Austan Goolsbee dalam temu bual bersama CNBC pada dua hari lepas, inflasi perlu menurun lagi sekiranya ingin melakukan pengurangan kadar faedah yang paling dinanti-nantikan ramai orang.

Pelabur kini sedang menilai angka inflasi dan speakers Fed sejurus selepas Indeks Harga Pengguna (CPI) Kanada dilaporkan naik 2.9% tahun demi tahun bagi Mei 2024 iaitu lebih tinggi 2.9% dicatatkan pada April dan melebihi ramalan 2.6%.

Bukan itu sahaja, CPI teras Bank of Canada (BOC) yang melihat peningkatan tahunan 1.8% telah mencetuskan kembimbangan mengenai tekanan inflasi berterusan serta mengingatkan minat spekulatif tentang risiko mengurangkan kadar faedah terlalu awal.

Jadi di sini dapat dilihat Fed belum berada pada tahap sesuai untuk mengurangkan kadar faedah, ulas Gabenor Fed Michelle Bowman sambil menambah pasaran buruh kekal ketat dan hanya melihat kemajuan sederhana pada inflasi tahun ini.

Sementara Gabenor Lisan Cook pula berpandangan bank pusat berada di landasan bagi mengurangkan kadar faedah jika prestasi ekonomi memenuhi jangkannya, tetapi beliau masih tidak dapat menjangkakan bila ia akan berlaku.

Menerusi pemerhatian, emas mungkin mengekalkan kecenderungan menurun di mana harganya mungkin tergelincir ke $2,306 disebabkan minat jualan yang berterusan, tetapi jika tidak maka harganya boleh bangkit semula.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat