Fed Masih Belum Menang, Inflasi Perlu Diperangi Lagi!

239

Tekanan inflasi di Amerika Syarikat yang dilihat mula mereda mungkin akan mendorong Federal Reserve (Fed) untuk mengurangkan kadar kenaikan dalam kadar faedah yang akan datang.

Bagaimanapun, para pembuat dasar Fed tampaknya masih tetap dengan pendirian bahawa mereka akan terus melaksanakan pengetatan dalam dasar monetari sehingga tekanan harga hilang sepenuhnya.

Presiden Fed Minneapolis, Neel Kashkari yang dikenali sebagai pembuat dasar paling hawkish, berkata bahawa bank pusat itu masih lagi jauh daripada mengisytiharkan kemenangan susulan data inflasi tersebut.

Malah, beliau tidak melihat terdapat keperluan untuk mengubah pendirian Fed dalam menaikkan kadar faedah kepada 3.9% menjelang akhir tahun dan 4.4% pada 2023.

Untuk makluman, kadar faedah semasa berada dalam julat 2.25%-2.50%.

Kashkari juga menyifatkan idea untuk mengurangkan kadar faedah pada tahun depan tidak realistik, dengan berkata Fed akan terus komited untuk menurunkan inflasi kepada sasaran 2% Fed walaupun terdapat risiko kemelesetan.

Sementara itu, Presiden Fed Chicago, Charles Evans pula percaya bahawa bank pusat mungkin perlu menaikkan kadar faedahnya kepada 3.25%-3.5% tahun ini dan kepada 3.75%-4% menjelang akhir tahun depan.

Ini sejajar dengan isyarat yang diberikan oleh Pengerusi Jerome Powell selepas mesyuarat terbaru Fed pada bulan Julai.

Susulan laporan inflasi tersebut, pelabur kini mengurangkan jangkaan untuk Federal Reserve melaksanakan peningkatan lebih perlahan iaitu sebanyak 50 mata asas pada mesyuarat September berbanding kenaikan 75 mata asas yang dijangkakan sebelum ini.

~ Tertanya-tanya juga, berapa banyak lagi Fed perlu naikkan kadar faedah sampai inflasi AS betul-betul turun?

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat