Fed Naikkan Kadar 75 Mata Asas Dua Kali Berturut-turut, Ini Rincian Mesyuarat FOMC

464

Federal Reserve (Fed) meningkatkan kadar faedah sebanyak 75 mata asas untuk kali kedua berturut-turut pada mesyuarat polisi edisi Julai dan masih berpandangan bahawa kenaikan  seterusnya adalah sesuai untuk mengekang inflasi.

Ini sekali gus menjadikan kadar faedah semasa Amerika Syarikat berada pada 2.50% daripada 1.75% sebelumnya.

Perubahan paling ketara dalam penyata dasar Fed pada mesyuarat kali ini adalah mengenai penurunan yang dilihat dalam perbelanjaan dan pengeluaran.

Walau bagaimanapun, perolehan pekerjaan telah mengukuh dalam beberapa bulan kebelakangan ini dan kadar pengangguran pula kekal lemah.

Tambah Fed lagi, inflasi masih tinggi yang mencerminkan ketidakseimbangan bekalan dan permintaan berkaitan dengan pandemik, harga makanan dan tenaga yang lebih tinggi serta tekanan harga yang lebih luas.

Sementara itu, dalam sidang media yang berlangsung susulan keputusan bank pusat menyaksikan Pengerusi Jerome Powell memberitahu bahawa kadar kenaikan yang lebih perlahan mungkin diperlukan untuk memberi masa menilai kesan langkah pengetatan ke atas ekonomi dan inflasi.

Namun pada masa yang sama, beliau juga menyokong idea bank pusat untuk menyampaikan kenaikan kadar ‘luar biasa besar’ pada bulan September, bergantung kepada data ekonomi semasa dan akan datang.

Mengenai situasi ekonomi semasa, Powell berkata beliau tidak melihat AS kini berada dalam kemelesetan dengan merujuk kepada kadar pengangguran yang rendah dan pertumbuhan gaji dan pekerjaan yang kukuh.

“Ia tidak masuk akal bahawa ekonomi akan berada dalam kemelesetan”, kata Powell.

Secara keseluruhannya, bank pusat AS dilihat positif dengan pertumbuhan ekonomi semasa dan kenaikan kadar faedah akan diteruskan tetapi pada kadar yang lebih perlahan.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat