Fed Williams: The Fed Tidak Mahu Pasaran Terganggu Dengan ‘Volatility’

39

Ekonomi US kini menghampiri sasaran The Fed iaitu gunatenaga penuh (full-employment) dan kestabilan harga, kata Presiden Fed San Francisco John Williams. Tambahnya, bank pusat mahu pasaran terus tenang dalam menuju kepada polisi kadar faedah yang normal.

“Jika anda ingat apa yang pernah saya katakan sebelum ini: Apa yang The Fed mahu adalah mengelak daripada sebarang volatility (turun-naik) atau gangguan kepada pasaran – sama ada pasaran domestik atau antarabangsa,” kata Williams.

Dengan ekonomi kini pada gunatenaga penuh dan inflasi dijangka mencapai sasaran 2% tahu depan, The Fed perlu menaikkan kadar faedah secara beransur-ansur atau ekonomi akan berisiko menjadi terlalu panas, kata Williams.

The Fed menaikkan kadar faedah pada Mac dan ada dua lagi kenaikan kadar tahun ini jika dilihat dari ramalan bank pusat.

Pembuat polisi akan bertemu sekali lagi bulan depan bagi menentukan kadar faedah Fed Fund Rate.

Presiden The Fed cawangan San Francisco ini berkata pada Isnin di mana beliau komited untuk mengurangkan $4.5 trillion penyata imbangan yang terkumpul dalam program pembelian bon sejak krisis kewangan 2008.

Proses yang beliau katakan akan bermula bila-bila masa saja tahun ini “dianggap sesuatu yang begitu beransur-ansur dan mungkin membosankan,” kata Williams. “Lebih banyak yang difahami oleh orang awam, semakin kurang juga risiko kepada gangguan pasaran dan volatility.”

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat