FOMC: Kadar Faedah Naik Atau ‘Pause’?

672

USD akan menguat atau melemah?

FED dijadual akan mengumumkan keputusan mesyuarat (FOMC) jam 2.00 pagi nanti. Namun apa yang menjadi tanda tanya apakah keputusan yang bakal diumumkan?

Sentimen pasaran pada masa kini bercampur baur. Hampir majoriti penganalisa ekonomi institusi kewangan global menjangkakan FED berkemungkinan besar akan megumumkan penghentian seketika (pause) kenaikan kadar faedah pada awal pagi nanti.

Ini kerana mereka beranggapan, jika FED terus melakukan kenaikan kadar faedah, ia bakal memberikan impak yang lebih buruk terhadap industri perbankan komersial negara itu.

Walaupun pengerusi FED Jerome Powell dan Treasury Secretary Janet Yellen telah menyatakan pandangan pada persidangan media yang lalu bahawa “Bank Collapse” terjadi disebabkan kegagalan sistem perbankan itu sendiri.

Selain itu juga mereka berpandangan kenaikan 25 mata asas hanya memberikan impak yang kecil terhadap kawalan inflasi, namun  ia akan memberikan impak yang besar terhadap industri perbankan kewangan negara itu.

TINJAUAN SARACEN MARKETS

Kami berpandangan FED dijangka akan melakukan kenaikan kadar faedah sekurang-kurangnya 25 mata asas pada awal pagi nanti. Namun apa yang menjadi tumpuan kami adalah, laporan mesyuarat FOMC yang turut juga bakal diumumkan mengenai petunjuk hala tuju “pengakhiran” kenaikan kadar faedah.

Sumber : Bloomberg Terminal

Berdasarkan hasil data tinjauan di atas, lebih 92.00% kebarangkalian untuk FED melakukan kenaikan kadar faedah.

HALA TUJU KENAIKAN KADAR FAEDAH

Analisa kami berpendapat bahawa FED dijangka akan melakukan penghentian  kenaikan kadar faedah bermula Jun 2023. Dan secara tidak langsung kenaikan kadar faedah pada awal pagi ini merupakan kenaikan yang terakhir pada tahun 2023.

Namun pada waktu ini, kadar inflasi Amerika Syarikat yang direkodkan adalah sebanyak 5.0% ia adalah jumlah yang jauh berbanding matlamat utama FED di dalam menurunkan inflasi kepada 2.0%. Sama ada ia menjadi kenaikan kadar faedah yang terakhir pada tahun 2023 atau tidak ia bergantung kepada data baharu kadar inflasi yang akan datang.

Di antara penyebab utama FED akan menghentikan kenaikan kadar faedah pada Jun 2023 adalah berdasarkan dua faktor utama, iaitu:

1. Money Supply (Bekalan Kewangan Negara)

Money supply adalah jumlah mata wang dan asset yang telah dicairkan di dalam ekonomi termasuk di dalam bentuk tunai.

Aliran kenaikan kadar faedah yang telah dilakukan oleh FED bermula sejak 16 Mac 2023 iaitu 50 mata asas. Sehingga kini jumlah kenaikan kadar faedah yang telah dilakukan oleh FED adalah 5.00%. Dengan menaikkan kadar faedah ia memang telah terbukti mampu untuk melawan inflasi namun pada masa yang sama, money supply negara itu juga akan turut terkesan.

Sumber : FRED Economic Research

Trend money supply A.S telah menyusut sebanyak -4.24% YoY semenjak kenaikan kadar faedah dilakukan pada Mac 2022 yang lalu.

2. Debt limit (Had Siling Hutang Negara)

Isu hutang di A.S semakin parah, money supply yang menyusut dengan cepat telah memberikan impak terhadap had limit hutang negara itu. Pada Februari awal tahun ini, Janet Yellen telah menggesa kongres negara itu untuk menaikkan had siling hutang negara itu. Namun sehingga kini kongres negara masih tidak bersetuju untuk menaikkan had hutang.

Pada awal minggu ini, Isnin, Janet Yellen telah mengumumkan secara rasmi A.S bakal mencapai had limit pada Jun 2023 sekiranya masih lagi tiada tindakan yang dilakukan oleh pihak kongres.

Sumber: Bloomberg Terminal

Kos hutang telah melonjak naik sejak Mac 2022.

TINJAUAN INDEKS DOLLAR

Reaksi pasaran dollar di jangka akan berinteraksi terhadap paras harga yang dinyatakan seperti di atas. Jika kenaikan kadar faedah dilakukan pada awal pagi nanti, ia dijangka akan menaikkan permintaan indeks dollar di dalam pasaran pada minggu ini selepas keputusan kadar faedah diumumkan sekaligus menguatkan dollar.

 

Log Masuk Atau Daftar Akaun Saracen Markets Dan Dapatkan Akses Dokumen MARKET OUTLOOK Yang Menjadi Rujukan Institusi Dan Pedagang Profesional. Log Masuk Sekarang – KLIK DI SINI

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat