FOMC: Kadar Faedah & Petunjuk Oleh Jerome Powell

1,191

[Artikel Tajaan]

Pembukaan November di minggu pertama ini bakal menyaksikan data-data penting bagi menerajui hala tuju pasaran untuk suku ke-4 tahun 2023.

Seperti yang sedia maklum awal pagi nanti Fed bakal mengumumkan kadar faedah dan pasaran turut menantikan ucapan selepas pengumuman Fed yang bakal memberikan petunjuk terhadap strategi pembentukan polisi kewangan di dalam mesyuarat FOMC.

Pada sesi pembukaan pasaran New York nanti, data-data pekerjaan akan diumumkan iaitu “ADP payrolls report” bagi Oktober dan, September “job openings numbers”, dan data terkini “ISM manufacturing survey”.

Data-data pekerjaan yang bakal diumumkan nanti bakal memberikan petunjuk terhadap hala tuju arah pasaran buruh khususnya kadar pengangguran dan “NonFarm Payrolls (NFP)” yang bakal dikeluarkan pada hari jumaat minggu ini.

Pada September yang lalu, Fed telah menghentikan seketika kenaikan kadar faedah iaitu kekal di paras 5.50%.

Pada persidangan FOMC September yang lepas juga, mereka telah memberi petunjuk akan berlakunya kenaikan kadar faedah buat kali terakhir pada tahun 2023 dan pasaran menjangkakan ia bakal dilakukan pada mesyuarat FOMC Disember 2023.

Jangkaan Pasaran Hari Ini

Fed dijangka masih lagi dengan pengekalan kadar faedah di paras 5.50%. Tumpuan pasaran pada hari ini menantikan petunjuk dan hala tuju bagi FOMC Disember nanti di dalam ucapan Pengerusi Fed Jerome Powell.

Namun begitu pasaran dagangan (Future markets) menjangkakan 69.1% kebarangkalian untuk Fed mengekalkan kadar faedah pada Disember dan 29% kebarangkalian untuk Fed menaikkan kadar faedah bagi penutup tahun 2023.

Berdasarkan pemerhatian kami di Saracen Markets, jika kadar faedah yang bakal diumumkan pada malam ini dilihat masih lagi mengekalkan kadar faedah dan ucapan Fed Powell pada malam ini memberikan petunjuk kuat akan berlakunya kebarangkalian kenaikan kadar faedah bagi mesyuarat FOMC Disember nanti mampu memberikan sentimen “Hawkish” terhadap matawang Dolar Amerika.

Log Masuk/Daftar Akaun Saracen Markets Dan Dapatkan Akses Dokumen MARKET OUTLOOK Yang Menjadi Rujukan Institusi Dan Pedagang Profesional. Log Masuk Sekarang – KLIK DI SINI

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat