FOMC malam ini dinantikan dan adakah US Dollar akan menguat atau melemah?

80

Melihat dari hari ke hari pada minggu ini, US Dollar melihatkan kurangnya konsistensi dalam dagangannya menanti pengumuman dasar kewangan FOMC pagi malam ini.

Walaubagaimanapun, jika melihat secara keseluruhan, US Dollar masih lagi kuat berbanding matawang utama lain.

Laporan ekonomi Amerika Syarikat semalam menunjukkan keyakinan pengguna dan jualan rumah baru sangat positif.

Namun aktiviti sektor perkhidmatan perlahan menurut Markit Economics dan harga rumah sedikit merosot.

Sekarang melihatkan central banks di seluruh dunia bercakap mengenai pelonggaran dasar kewangan manakala nada Federal Reserve nanti dilihat bakal menguatkan lagi US Dollar.

Ramai yang melihat Fed akan mengetatkan lagi dasar ekonominya kerana Brexit namun data pasaran dan ekonomi Amerika Syarikat dilihat sebaliknya.

Baca siapakah Presiden Federal Reserve di sini.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat