FOMC & NFP Bertembung Minggu ini! Apa Nasib EUR/USD?

290

US dolar dilihat bergerak sedikit suram pada dagangan penutup penghujung minggu lalu dengan data indeks harga PCE diperhatikan pada sesi terakhir.

Tumpuan lebih utama adalah pada minggu ini yang akan terarah kepada mesyuarat FOMC di awal pagi Khamis nanti.

Keputusan mesyuarat dan ucapan susulan oleh Pengerusi Federal Reserve (Fed) Jerome Powell akan menjawab persoalan tentang spekulasi dasar monetari bank pusat yang berlegar sebelum ini.

US dolar bakal terima impak besar minggu ini selain data pekerjaan NFP juga akan diterbitkan pada Khamis.

Adakah US dolar akan paparkan pergerakan seperti Euro minggu lalu yang kecundang selepas keputusan mesyuarat European Central Bank (ECB) yang mengekalkan kadar faedah?

Presiden ECB Christine Lagarde telah menyatakan bahawa masih terlalu awal untuk bercakap berkenaan penurunan kadar faedah, bagaimana pula dengan Fed minggu ini?

Meneliti carta pergerakan harga pasangan mata wang EUR/USD, harga dilihat masih lagi bergerak dalam zon yang mendatar minggu lalu, namun sedikit besar berbanding julat pada pergerakan minggu sebelumnya.

Paras terendah dicatatkan pada Jumaat lalu adalah sekitar 1.08130 dan sebelum harga mencecah paras tumpuan 1.08000, kenaikan berlaku semula ke sekitar 1.08800.

Pergerakan harga masih bergerak di bawah garisan halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta EUR/USD itu memberi isyarat trend masih bearish buat harga.

Sekiranya harga ditekan lebih rendah di awal minggu ini, zon 1.08000 kekal menjadi sasaran tumpuan untuk dicecah dan diuji oleh harga.

Tembus zon tersebut akan menyaksikan pergerakan bearish akan diteruskan menuju sasaran berikutnya pada 1.07000 sekaligus akan mencatatkan paras terendah terbaru 11 minggu.

Namun jika harga bergerak membuat kenaikan melepasi halangan MA50, zon 1.09000 bakal diuji sebelum memberi isyarat untuk memulakan pergerakan bagi trend bullish.

Kenaikan lebih tinggi jika diteruskan bakal mencapai sehingga ke paras 1.1000 untuk menguji rintangan penting yang menjadi tumpuan di awal Januari.

Lihat gambar carta harga pasangan EUR/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat