FOMC Semakin Hampir, BTC Dijangka Meluncur Lebih Awal!

583

“Cepatnya, BTC baru naik takkan la nak turun dah.”

Pasaran mata wang kripto kembali perlahan apabila Bitcoin (BTC) didapati tergelincir semula di bawah paras $25,000 menyebabkan para pelabur dan peniaga berada dalam keadaan sukar untuk membuat sebarang keputusan.

Penurunan harga borong yang tidak dijangka pada bulan Februari telah menjadi punca Federal Reserve (Fed) Amerika syarikat (AS) sedang memikirkan langkah seterusnya berkaitan kadar faedah.

Menerusi laporan dikeluarkan oleh Jabatan Buruh semalam, Indeks Harga Pengeluar (PPI) pada Februari jatuh pada kadar tahunan sebanyak 4.6%, iaitu penurunan ketara berbanding Januari pada 6%.

Rentetan itu, pelabur masih keliru dalam mengenal pasti sama ada Fed akan menaikkan kadar faedah 25 mata asas ataupun tidak susulan penurunan inflasi atau tiada sebarang kenaikan disebabkan krisis perbankan yang berterusan.

Menurut Michael van de Poppe, pakar kripto berpandangan inflasi AS yang berkemungkinan berterusan akan memberi impak negatif terhadap harga BTC sebelum mesyuarat Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan (FOMC) AS seterusnya.

Poppe juga menyebut penurunan drastik harga BTC boleh terjadi susulan pasaran sebahagian besarnya masih tidak pasti tentang langkah Fed seterusnya selepas data Indeks Harga Pengguna (CPI) dan PPI diperhatikan.

Sungguhpun baru-baru ini BTC menyaksikan peningkatan ketara melepasi paras $26,000, tindakan perdagangan spekulatif berupaya membawa kepada penyusutan harga aset digital tersebut.

Sehingga berita ini ditulis, harga BTC menjunam sebanyak 2.49% pada paras $24,373 dalam tempoh 24 jam lalu dengan modal pasaran $470 bilion namun tetap mencatat lonjakan 12.14% sepanjang minggu lepas.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat