Forbes Untuk Dijual! Mungkinkah ‘Jutawan Itu’ Akan Membelinya?

127

‘Harapnya tak terbit lah nanti nama mamat yang beli Twitter haritu tu.’

Penerbit majalah berita dan informasi perniagaan, Forbes bersedia untuk meneruskan proses penjualan dengan beberapa pelabur konsortium*.

*Gabungan beberapa indidvidu, syarikat atau kerajaan yang berkerjasama dalam mencapai objektif yang sama.

Difahamkan bahawa Forbes kini memasuki fasa ‘perbincangan eksekutif’ selepas berbulan lalu mengatakan keengganannya diawamkan menerusi pemerolehan khas syarikat.

Menurut laporan Citigroup yang dilantik Forbes untuk menguruskan proses penjualan, syarikat mahu menjana $800 juta namun mungkin akan terima kurang daripada nilai tersebut.

Sebagai rekod, Forbes merupakan antara agensi media perniagaan tertua di Amerika Syarikat (AS) yang dihasilkan oleh BC Forbes pada 1917 dalam bentuk majalah.

Ia telah memainkan peranan penting dalam mengumpulkan jumlah kapital dan keusahawanan individu-individu dan kebanyakan syarikat di seluruh dunia.

Namun, penurunan pada hasil cetakan ekoran pertukaran trend digitalisasi telah menekan prestasi syarikat sejak akhir-akhir ini.

Usaha syarikat dalam mengembangkan francais utama seperti Under 30 dan melakukan acara langsung semasa kebanyakan dalam talian ketika pandemik dilihat gagal mendokong prestasi Forbes.

Setakat ini platform digital  Forbes dikatakan memilik lebih 140 juta pengguna di 49 negara.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat