FTX Umum $5 Bilion Pemulihan, Tak Jadi Bankrap Ke Ni?

158

“Terbaik la, FTX ni terus bangun lepas jatuh.”

Syarikat exchanger mata wang kripto FTX yang telah menggegarkan seluruh pasaran kripto sejak tahun lepas kini bakal pulih kembali dengan pengumuman sebanyak $5 bilion dalam aset digital dan wang tunai.

Namun, keseluruhan dana pemulihan tersebut sama sekali tidak termasuk dengan aset digital yang dipegang oleh Suruhanjaya Sekuriti Bahamas sebanyak $425 juta.

Menurut John J. Ray lll, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) baharu FTX menyatakan bahawa setakat ini jumlah liabiliti syarikat adalah bernilai $8.8 bilion manakala tunai dan aset digitalnya pula sekitar $8 bilion.

Sementara itu, FTX turut rancang mencairkan pegangan mereka bernilai $4.6 bilion termasuk menyebut bahawa aset yang dirampas oleh pihak berkuasa Bahamian adalah sebanyak $170 juta dan bukanlah $3.5 bilion, ulas peguam FTX Andy Dietderich.

Tambahnya lagi, kebanyakan aset digital dirampas adalah terdiri daripada kripto yang diasas oleh FTX, iaitu FTT.

Terdahulu pada bulan November, syarikat tersebut telah memfailkan bankrap Bab 11 dan pada Disember pula, pendakwa raya di Amerika Syarikat (AS) mendakwa bekas CEO FTX, Sam Bankman-Fried (SBF) menipu pelabur untuk kepentingan diri sendiri.

Rentetan itu, penasihat dan peguam FTX berada dalam proses mendapatkan semula semua dana untuk membayar balik pemiutang.

Sehingga berita terkini, SBF membuat pengakuan tidak bersalah terhadap semua pertuduhan tersebut sementara Pejabat Daerah Selatan New York menubuhkan Pasukan Petugas FTX untuk menjejak dan pulihkan kembali aset pelanggan yang hilang.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat