Fuh! Anak Syarikat Alibaba Umum Pelancaran Token NFT Sulung Mereka!

239

Ele.me, yang merupakan anak syarikat dimiliki oleh Alibaba mengumumkan bahawa mereka telah melancarkan token NFT pertama mereka pada hari Selasa. Pelancaran NFT ini adalah dengan Syarikat Masakan Hangzhou yang menampilkan gambaran hidangan ikan kol bersama bebola daging.

Pelancaran NFT ini sebagai pelengkap yang bertujuan untuk mempromosikan makanan dan budaya tempatan. Justeru itu syarikat gergasi penghantaran makan yang turut merupakan anak syarikat Alibaba telah menjalin kerjasama dengan Biro Perdagangan Perbandaran Hangzhou.

Dengan menyiarkan satu siri imej asal makanan Hangzhou klasik, pengguna boleh menuntut NFT. NFT Ele.me dinyatakan tidak boleh dipindah milik. Ia merupakan satu langkah yang diambil untuk mematuhi piawaian agensi perbankan dan kawal selia kendiri kewangan China.

Setakat ini Ele.me dan Meituan merupakan syarikat yang memonopoli pasaran penghataran makanan di China. Meituan yang sebahagiannya dimiliki oleh Tencent iaitu pesaing Alibaba, masih belum mengeluarkan NFT sendiri.

Sebelum ini iaitu pada akhir tahun lepas, Naib pengerusi syarikat gergasi peruncitan global, Alibaba Joe Tsai telah memberikan ‘hint’. Dimana kenyataan beliau telah mendorong spekulasi dalam kalangan pemain pasaran kripto dan juga pelabur saham.

Dalam masa yang sama,token Non-Fungible (NFT) telah menjadi sangat popular dalam kalangan artis dan perniagaan China walaupun terdapat ketidaktentuan daripada tindak tanduk kerajaan.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat