Fuh, Bank Simpanan Jerman Sedia Tawan Pasaran Kripto!

1,533

Berdasarkan perancangan awal, sebanyak 50 juta pelanggan bank simpanan Jerman akan dibenarkan untuk membuat pembelian Bitcoin melalui akaun semasa mereka.

Bank simpanan Jerman berhasrat untuk membenarkan pelanggan untuk melabur dalam aset kripto seperti Bitcoin ( BTC) dan Ethereum (ETH) melalui akaun semasa mereka.

Menurut Jurubicara bagi bank simpanan Jerman, yang lebih dikenali sebagai Sparkassen menyatakan bahawa pihak mereka sedang berusaha untuk program perintisan (uji cuba) wallet aset kripto dan bursa pertukaran kripto sendiri berdasarkan laporan majalah perniagaan Capital.

Projek perintisan ini dijangka akan mendapat kelulusan daripada komuniti Sparkasse seawal tahun hadapan manakala komuniti perbankan mensasarkan untuk membangunkan perkidmatan itu pada awal tahun 2022. Jurubicara bagi Bank Simpanan Jerman menyatakan bahawa;

“Saban hari semakin bertambah jumlah pelanggan yang menaruh minat dalam aset kripto. 1 daripada 10 pelanggan Bank Simpanan Jerman menyatakan bahawa mereka mempunyai simpanan aset kripto. Justeru sukar untuk kumpulan Bank Simpanan dan Kewangan mengabaikan pasaran aset kripto.”

Wakil itu menambah bahawa kumpulan pakar dari penyedia perkhidmatan IT Jerman S-Payment kini sedang meneroka cara terbaik untuk menyediakan pilihan untuk menyimpan aset kripto dengan selamat dalam wallet bagi pelanggan terpilih.

Projek perintis yang sempadan akan dimulakan terlebih dahulu dengan bank simpanan individu sebelum keputusan memperkenalkan perdagangan kripto atau tidak diputuskan. Menurut sumber Capital, beberapa bank telah menyatakan minat yang ketara dalam platform kripto.

Sparkassen ialah sekumpulan bank simpanan komersial, masing-masing beroperasi secara bebas di negara Jerman, bergabung dalam struktur terdesentralisasi. Dengan kira-kira 50 juta pelanggan, bank simpanan itu dilaporkan memegang 1 trilion euro ($1.2 trilion) dalam jumlah aset.

Jerman setakat ini telah muncul sebagai salah satu negara paling mesra kripto di dunia, denga Pihak Berkuasa Penyeliaan Kewangan Persekutuan mengeluarkan lesen perniagaan kripto untuk Coinbase Jerman pada awal tahun ini. Pengendali pasaran saham Jerman Deutsche Boerse juga telah menyenaraikan lebih daripada 20 produk dagangan bursa kripto di bursa digitalnya, Xetra.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat