Fuh! Binance Keluar Kenyataan Enggan Bantu Projek Kripto Yang Gagal!

1,733

Sebelum ini bursa pertukaran mata wang kripto FTX telah menyatakan hasrat untuk menghulurkan bantuan kepada pemberi pinjaman kripto yang bermasalah seperti BlockFi dan Voyager dengan harapan ia dan mengurangkan risiko terhadap pasaran. Rentetan tindakan dari bursa kripto FTX, ramai yang berspekulasi bahawa Binance berkemungkinan mengumumkan beberapa pakej penyelamatan juga. Terbaru, Binance akhirnya beri kepastian mengenai khabar angin tersebut dengan menjelaskan pendirian mereka.

Binance menyatakan bahawa pihak mereka tidak berminat untuk menyokong projek kripto yang ‘tidak bagus’ dan gagal. Ini termasuk projek yang “reka bentuk yang buruk”, “tidak diurus dengan baik”, atau “kurang dikendalikan”. Dalam catatan terbarunya, Binance berkata bahawa penyelamatan kepada projek sedemikian tidak masuk akal dan ia tidak sepatutnya dilindungi.

Tambah Binance, adalah tidak perlu kekalkan syarikat yang kurang berprestasi. Tumpuan harus diberikan pada projek-projek yang lebih baik. Firma pinjaman kripto telah berhadapan kerugian yang besar sehingga memaksa mereka untuk mencair aset-aset yang ada di tengah kejatuhan pasaran baru-baru ini.

Walaupun begitu Binance dilihat terbuka untuk bailout projek pinjaman yang memiliki beberapa kriteria iaitu syarikat tersebut memiliki masalah yang kecil yang boleh diperbaiki, mempunyai beberapa kualiti yang baik. Antaranya kesesuaian pasaran produk, menjana hasil dalam keadaan pasaran biasa, model perniagaan yang baik, pasukan yang baik, dan lain-lain lagi.

Ini boleh diselamatkan dan seterusnya memastikan perubahan dibuat untuk menyelesaikan masalah yang membawa mereka kepada situasi ini pada mulanya.

Tidak lama selepas FTX mengumumkan suntikan kecairan $250 juta untuk menyelamatkan BlockFi, Pesuruhjaya SEC yang mesra kripto menyuarakan pendapat yang mengkritik tindakan tersebut. Beliau berkata bahawa kejatuhan pasaran baru-baru ini adalah bahagian daripada proses yang akhirnya menapis syarikat yang kuat daripada yang lemah.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat