Fuh! Data NFP Bulan Oktober Membungkam Analisis Para Pakar Ekonomi?

1,288

Sektor pekerjaan akhirnya kembali menunjukkan prestasi yang memberangsangkan dengan catat pertambahan pekerjaan lebih daripada yang dijangkakan pada bulan Oktober yang didorong pengurangan dalam kes jangkitan Covid-19. Hal ini membawa indikasi bahawa aktiviti ekonomi telah mula memperoleh semula momentum pada awal suku keempat.

Bacaan NFP meningkat sebanyak 531,000 pekerjaan pada bulan lepas berdasarkan laporan yang dilaporkan oleh Jabatan Buruh yang dikeluarkan sebentar tadi. Data pada bulan September telah disemak lebih tinggi yang menunjukkan 312,000 pekerjaan berjaya dicipta berbanding 194,000 yang dilaporkan sebelum ini.

Para pakar ekonomi meramalkan bahawa bacaan NFP akan meningkat hanya sebanyak 450,000 pekerjaan. Walaupun terdapat peningkatan ketara dalam pekerjaan namun isu kekurangan tenaga kerja masih berterusan walaupun faedah pengangguran telah dikurangkan dan dalam masa yang sama sekolah juga dibuka kembali.

Ditambah pula dengan peningkatan dalam keyakinan pengguna dan aktiviti sektor perkhidmatan, ini memberi gambaran yang lebih terhadap ekonomi Amerika Syarikat (A.S) selepas dilanda pandemik Covid-19.

Kadar pengangguran turun kepada 4.6% daripada 4.8% pada bulan Oktober. Walaupun syarikat berkemampuan mengupah lebih banyak pekerja namun berjuta-juta orang masih kekal menganggur.

Pengerusi Rizab Persekutuan Jerome Powell telah mengeluar kenyataan pada hari Khamis bahawa “halangan kepada bekalan buruh ini akan berkurangan dengan kemajuan dalam membendung penularan pandemik Covid-19. Dalam masa yang sama mendorong pertumbuhan ekonomi dan sektor pekerjaan.

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat