Fuh! Pelabur Lega Inflasi AS Turun, USD Menjunam

408

Akhirnya terjawab bahawa tekanan harga di Amerika Syarikat terus menunjukkan pengurangan pada bulan Disember, sekali gus menguatkan jangkaan untuk Federal Reserve (Fed) memperlahankan kadar kenaikannya.

Indeks harga pengguna (CPI) tahunan menepati jangkaan dengan meningkat 6.5% pada bulan lalu, menurun daripada 7.1% yang dicatatkan pada November.

Pada asas bulanan pula, CPI juga sejajar dengan unjuran pasaran yang menunjukkan penguncupan 0.1% daripada peningkatan 0.1% pada bulan sebelumnya.

Penggubal dasar bank pusat menyambut baik keputusan tersebut, di mana Presiden Fed Philadelphia, Patrick Harker berkata bahawa kenaikan inflasi yang dahsyat mungkin sudah berlalu.

Beliau juga mengatakan kenaikan kadar bersaiz besar telah berlalu, dan tiba masanya untuk beralih kepada peningkatan 25 mata asas.

Ini sekali gus mendorong pasaran meletakkan jangkaan untuk kenaikan 25 mata asas kadar faedah pada mesyuarat polisi yang dijadualkan berlangsung awal Februari.

Kesannya, dolar greenback menjunam rendah ekoran kenyataan tersebut dan terbitan data inflasi seterusnya memacu kebanyakan mata wang utama lebih tinggi.

Mata wang euro melonjak ke paras tertinggi hampir 9 bulan pada sekitar harga 1.08515, manakala pound sterling pula mengukuh di paras terkuat 3 minggu pada 1.2211 berbanding US dolar.

Buat pelabur pound, data keluaran dalam negara kasar (KDNK) UK akan dikeluarkan pada sesi Eropah hari ini yang dijangka akan menunjukkan penguncupan pada bulan November.

Dagangan yen pula lebih kuat dengan meroket ke paras tertinggi lebih 6 bulan pada 128.90 berbanding dolar Amerika.

Di sisi lain, dolar Aussie turut menguat pada paras ketinggian 5 bulan sementara dolar New Zealand pula paling kukuh 3 minggu berbanding greenback.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat