Fuhh! Lain Macam CoinMarketCap Troll Pelabur, Bitcoin Catat Nilai $789 Bilion Seunit!

3,637

Ingatkan dah jadi jutawan, tapi rupanya CoinMarketCap (CMC) beri harapan palsu dengan memaparkan harga Bitcoin (BTC) bernilai $850 trilion seunit.

Begitu juga dengan harga Ethereum (ETH), Litecoin (LTC), Stellar (XLM), Solana (SOL), dan Shiba Inu (SHIB), masing-masing mencatatkan lonjakan yang tak masuk akal hampir sahaja menjadikan para pelaburnya jutawan sekelip mata.

Apa yang berlaku?

Dalam twit rasmi sekitar jam 6 pagi tadi waktu Malaysia, CoinMarketCap mendedahkan pasukan juruteranya sedang berusaha untuk membaiki keadaan selepas laman webnya diserang pepijat.

Insiden tersebut membawa Ethereum mengatasi kedudukan Bitcoin dengan harga $179.598 trilion seunit. Diikuti dengan beberapa koin lain seperti:

Menariknya lagi, ralat yang berlaku di CoinMarketCap turut pamerkan kesan terhadap beberapa platform pertukaran kripto lain seperti Binance dan Coinbase.

Bagaimanapun, kedua-dua platform turut terpaksa reboot semula penyedia (servers) untuk pastikan keadaan kembali kepada sedia kala.

Samalah seperti Elon Musk yang turut ‘terkejut’ kerana menjadi quadrilionair, kami pun begitulah.

Nyaris nak withdraw, lari ke luar negara, dan mulakan hidup baru sebagai jutawan terkaya Malaysia.

Hakikatnya, ralat itu hanya berlaku pada platform-platform kripto sahaja dan nilai aset-aset itu masih kekal pada nilai asal.

Well played, CMC.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat