Fuhh! Senyap-Senyap HIVE Pacak Dulu Ke Langit!

229

Hive yang dibina pada protokol delegated Proof of Stake (DPoS) ini menyaksikan peningkatan yang sangat baik dalam pasaran pada sesi dagangan minggu ini.

Harga memulakan kenaikan yang stabil bermula minggu lalu sehingga mencatatkan paras tertinggi sekitar $0.35 mengakhiri sesi dagangan semalam, menghasilkan 40% lonjakan.

Ekoran itu, Hive masih mengekalkan kenaikan secara konsisten pada pembukaan pasaran hari ini, sekaligus mengatasi beberapa matawang digital yang lain.

Hive memiliki permodalan pasaran lebih $215 juta direkodkan dengan mencatatkan lebih $511 juta jumlah dagangan dalam tempoh 24 jam terakhir, dengan kedudukan ke-149 dalam pasaran kripto.

Namun, kedudukan tersebut bukanlah satu halangan untuk Hive tidak menonjolkan diri dalam pasaran.

Seterusnya, melihat kepada carta pergerakan semasa harga HIVE/USDT.

Sewaktu artikel analisa Hive dikeluarkan pada beberapa minggu lalu, Hive didagangkan pada harga sekitar $0.40.

Namun setelah itu, Hive menyaksikan pergerakan harga yang memberangsangkan dengan menghasilkan lebih 120% keuntungan sehingga pada sesi dagangan hari ini.

Pandangan sudut teknikal, pergerakan harga dilihat masih mengekalkan trend bullish dan sedang berlegar-legar diatas zon resistance sekitar $0.49 yang baru sahaja ditembusi dalam beberapa jam yang lalu.

Untuk jangkaan seterusnya, zon resistance sekitar $0.56 bakal menjadi tumpuan seterusnya untuk diuji sebelum membuat kenaikan yang lebih tinggi.

Namun jika pergerakan harga kembali mempamerkan corak penurunan, pergerakan harga bakal kembali menguji semula zon resistance sekitar $0.49 tersebut sebelum membuat penurunan yang lebih rendah atau ianya hanya sekadar retracement.

Sewaktu penulisan, HIVE didagangkan sekitar harga $0.51 dalam tempoh 24 jam terakhir.

Lihat gambar carta matawang kripto HIVE/USDT di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat