Fuhh!! USD/JPY Dah Capai Paras Tertinggi 12 Minggu!

497

Pengukuhan US dolar berterusan sehingga ke penghujung minggu dengan mata wang tersebut berjaya bergerak kukuh berbanding mata wang utama yang lain dalam pasaran.

Berbanding Yen, US dolar telah berjaya mencapai paras tertinggi dalam tempoh 12 minggu seperti yang dipaparkan pada carta harga pasangan USD/JPY.

Pelabur kekal memberi perhatian terhadap perkembangan pakej rangsangan ekonomi Amerika Syarikat (AS) di bawah pemerintahan Presiden Joe Biden dengan harapan pakej yang dilancarkan akan memulihkan ekonomi AS pada kadar yang segera.

Pelabur walau bagaimanapun kekal berwaspada terhadap dagangan US dolar menjelang laporan data pekerjaan NFP pada Jumaat.

Dagangan USD/JPY pada minggu ini telah berada di atas paras 105.00 selepas siri kenaikan yang dipamerkan pada minggu lalu. Namun pergerakan harga pada minggu ini lebih mendatar.

Harga kekal bergerak di atas paras sokongan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam pergerakan harga yang masih menunjukkan trend bullish.

Pada dagangan hari ini (Khamis), walaupun bergerak perlahan namun harga tetap menunjukkan corak kenaikan dan mencatatkan kenaikan ke paras tertinggi terbaru pada awal sesi Eropah.

Kenaikan yang diterukan dilihat akan menuju ke zon 105.600 yang menjadi zon rintangan harga pada dagangan Oktober dan November tahun lalu.

Jika harga membuat penurunan semula di bawah paras sokongan MA50, zon RBS (resistance become support) 104.800 akan diuji untuk pelabur menilai arah pergerakan harga selanjutnya.

Penurunan lebih rendah di bawah zon tersebut akan memberikan isyarat perubahan trend bearish dengan jangkaan harga akan turun semula ke sekitar zon RBS 104.400.

Lihat gambar carta pasangan mata wang USD/JPY di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK SINI

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat