Gabenor Baru BNM Beri Amaran Tentang Inflasi Malaysia!

1,197

Gabenor baharu Bank Negara Malaysia (BNM), Datuk Abdul Rasheed Ghaffour mengingatkan Malaysia untuk kekal berwaspada terhadap inflasi teras yang masih berada di paras lebih tinggi daripada biasa.

Beliau baru dilantik pada 1 Julai 2023 bagi menggantikan Tan Sri Nor Shamsiah Mohd Yunus yang telah menyempurnakan tempoh penggal lima tahunnya pada 30 Jun 2023.

Tambahnya, inflasi yang tinggi menjejaskan kehidupan rakyat khususnya golongan berpendapatan rendah, di samping memudaratkan ekonomi dengan ketara.

Dalam ramalan terbaru, BNM mengunjurkan kedua-dua inflasi utama dan teras diunjurkan menurun pada separuh kedua tahun ini.

Namun, walaupun dijangka menyederhana, inflasi teras kekal meningkat berbanding purata yang panjang disebabkan faktor permintaan dan kos yang berterusan.

Mengulas mengenai Ringgit yang semakin susut nilai, Datuk Abdul Rasheed berkata ia tidak memberikan gambaran tepat tentang asas-asas ekonomi negara, kerana ekonomi telah menjadi sangat berdaya tahan ketika mengharungi pandemik.

Ujarnya, dagangan ringgit telah dijejaskan oleh perkembangan dan sentimen luaran terutamanya pengukuhan dolar Amerika dan pemulihan China yang perlahan.

Selain itu, disebabkan kadar faedah Malaysia antara yang terendah di Asia turut mempengaruhi nilai mata wang ringgit.

Pun begitu, beliau mengatakan bank pusat itu komited untuk memastikan keadaan pasaran yang teratur dan akan campur tangan untuk mengelakkan turun naik ringgit yang berlebihan.

Dalam pada itu, gabenor Abdul Rasheed mengatakan keputusan bank pusat untuk kekalkan kadar dasar semalaman (OPR) pada 3.00% adalah konsisten dengan mandat BNM untuk mengekalkan kestabilan harga bagi pertumbuhan mampan.

Anda juga boleh mengintai peluang-peluang yang disajikan oleh INTRADAY melalui program komuniti, pendaftaran akaun trading dan bermacam-macam lagi. Untuk info lanjut, KLIK DI SINI

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat