Gagal Isytihar Harta, Tun Daim Dihadapkan Ke Mahkamah

370

Bekas Menteri Kewangan Malaysia, Tun Daim Zainuddin dihadapkan ke mahkamah hari ini di atas pertuduhan gagal mematuhi notis mengisytiharkan harta termasuk beberapa kenderaan mewah, syarikat dan hartanah di sekitar Kuala Lumpur, Selangor, Pahang, Negeri Sembilan, Perak dan Kedah.

Walau bagaimanapun, beliau mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan sebaik sahaja jurubahasa membacakan pertuduhan di hadapan Hakim Azura Alwi.

Mengikut pertuduhan, Tun Daim didakwa dengan sengaja memberikan satu pernyataan bertulis dengan bersumpah tidak mematuhi terma notis bertarikh 8 November 2023 yang dihantar kepada beliau oleh pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berpangkat Pesuruhjaya pada 14 November 2023 iaitu tidak mengisytiharkan harta.

Harta miliknya membabitkan satu akaun Amanah Saham Nasional Berhad (ASB), tujuh buah kenderaan mewah seperti Jaguar XJS HE, Rolls Royce 2 Axle Rigid Body, tiga Mercedes Benz, Austin Morris Auntin dan Ford Prefect.

Hasil jumlah harta yang tidak diisytiharkan adalah sebanyak 38 buah syarikat dan 25 unit hartanah dalam negara.

Terdahulu, Datuk Wan Shaharuddin memohon mahkamah menetapkan jaminan antara RM250,000 hingga RM500,00 dengan seorang penjamin beserta syarat tambahan melaporkan diri ke ibu pejabat SPRM sebulan sekali dan passport diserahkan kepada mahkamah sehingga kes selesai.

Peguamnya, Puravelan memohon mahkamah mempertimbangkan faktor kesihatan tertuduh dalam kes ini yang pernah mengalami strok ringan beberapa tahun lalu. Beliau juga perlu mengambil pelbagai jenis ubat disebabkan oleh jangkitan pada mata kirinya.

Hakim Azura kemudian membenarkan Daim diikat jamin RM280,000 dengan seorang penjamin tempatan dengan tiada syarat tambahan.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat