Gagal Lepasi Paras Resistance 1.33400, USD/CAD Kembali Turun Semula

303

Harga minyak mentah yang mengalami penurunan minggu ini turut memberi tekanan terhadap dagangan matawang dolar Kanada berbanding dolar Amerika Syarikat pada carta harga USD/CAD.

Pada dagangan semalam pergerakan harga pada carta USD/CAD menunjukkan kenaikan harga menguji zon resistance di bawah paras ketinggian pada 1.3340.

Namun harga kemudiannya kembali menunjukkan penurunan bersambung sehingg sesi Asia dan juga sesi Eropah hari ini.

Penurunan harga didorong oleh penyusutan nilai matawang USD berikutan faktor ketidakpastian rundingan dagang AS-China serta pelabur yang turut berhati-hati menjelang laporan minit mesyuarat FOMC September pada awal pagi Khamis.

Rundingan dagang antara Amerika dan China juga tidak menunjukkan perkembangan yang baik dengan laporan terbaru bahawa China bakal memperketatkan sekatan visa terhadap pengunjung dari Amerika yang mempunyai kaitan dengan kumpulan anti-China.

Harga pada USD/CAD telah membuat penurunan menuju ke paras tumpuan pada 1.3300. Sedikit penurunan lebih rendah bakal menguji zon RBS (resistance become support) pada sekitar 1.3280.

Jika rundingan dagang AS-China semakin parah, nilai USD akan terus menerima tekanan dan pergerakan harga pada USD/CAD berkemungkinan mampu mencecah penurunan sehingga ke paras 1.3235 atau lebih rendah lagi ke paras support 1.32100.

Pelabur kini lebih berwaspada dengan sentimen pasaran yang dilihat kembali berisiko di samping terus memantau perkembangan pasaran minyak mentah yang mempengaruhi dagangan Loonie.

Lihat gambar carta pasangan matawang USD/CAD di bawah untuk rujukan teknikal analisis anda.

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat