Gaji Minimum Malaysia Masih Rendah, Kos Sara Hidup Meningkat Kepada 7.9%

807

Malaysia menduduki tempat ke-59 daripada 67 negara dalam ranking gaji bersih minimum bagi Januari tahun ini iaitu sebanyak RM1,323 sebulan sama seperti tahun lepas.

Menurut Picodi Malaysia, kajian dalam membeli-belah berdasarkan perbandingan gaji minimum dengan kenaikan harga barangan runcit asas dan kos sara hidup.

Dalam kenyataannya, nilai harga barangan beli-belah pada Januari 2024 meningkat kepada 7.9% berbanding Januari 2023.

Sebakul produk makanan asas yang diperlukan untuk menjalani kehidupan adalah sebanyak RM437.58 iaitu 33.1% daripada gaji bersih minimum rakyat Malaysia yang berpendapatan rendah.

Pada awal tahun 2023, ia mencatatkan sebanyak 30.6% daripada gaji minimum. Ini menunjukkan kenaikan gaji minimum Malaysia tidak seiring dengan kenaikan harga barangan di pasaran.

Sementara itu, tiga negara yang menduduki anak tangga tertinggi dalam ranking peningkatan gaji bulanan minimum ialah Argentina iaitu sebanyak 128.4% ($297). Turkiye pula menduduki ranking kedua sebanyak 99.9% ($596) dan Nigeria pula sebanyak 83.3% ($68).

Manakala, Indonesia mencatatkan peningkatan sebanyak 7.1% ($187) dan Thailand pula sebanyak 2.4% ($203).

Dalam kajian Picodi Malaysia, nisbah bakul runcit yang paling selesa kepada gaji minimum adalah di United Kingdom, Ireland, Belanda, Luxembourg dan New Zealand.

Negara-negara ini mampu membelanjakan kurang dari satu per 10 daripada gaji minimum mereka untuk membeli keperluan barangan runcit asas.

Ada juga negara yang menggunakan lebih separuh daripada gaji minimum untuk membeli keperluan barangan asas seperti Kazakhstan (54%), India (58.5%), Vietnam (65.6%) dan Armenia (74.6%).

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat