Game ‘Crypto-AR’ Baharu Solana Dilancarkan, Ramai Orang Teruja!

394

“Wow sejak kebelakangan ni rantaian Solana makin popular kan.”

Studio game baharu dipanggil GG.zip yang melancarkan akses awal bagi “Solana Hunger Games” telah mendapat 100,000 pengikut di akaun X dan site mereka crash semalam selepas dilanda lebih dua juta page views dalam 24 jam pertamanya.

Solana Hunger Games dimodelkan pada siri “Hunger Games” akan memberi ganjaran kepada pemain yang memburu harta karun dalam Augmented Reality berasaskan telefon bimbit di mana ia disokong oleh studio gaming bersandarkan kripto VC Delphi Digital dan influencer seperti Gmoney serta lain-lain.

Diperjelaskan, pemain dapat memilih untuk bermain sebagai Hunter atau membuat spekulasi tentang keputusan game sebagai Host city, oleh itu Hunter perlu meneroka Host City kemudian mencari AE GBoxes yang dipenuhi dengan G.

G ialah token boleh dituntut pada hari Isnin lepas oleh pengguna Solana berdasarkan sejauh mana degen mereka pada rantaiannya dan walaupun boleh menuntut token di website, token itu sendiri tidak disiarkan atau belum diedarkan kepada mana-mana wallet.

Jadi, pemain boleh memperoleh G melalui program referral di mana setiap pemain dapat 10 jemputan seterusnya memperoleh 20% daripada G yang dituntut oleh jemputannya dan 10% mereka yang menuntut G.

Dalam game, Hunters perlu berlumba untuk kumpul sebanyak mungkin G dan statistik mereka akan dijejaki dalam leaderboard yang dipaparkan di website GG, jadi di sini dapat dilihat ramai pemain bakal menyertai game itu yang seterusnya menyebabkan volum dagangan turut canak.

Pencarian maklumat tentang cara ia berfungsi masih tidak ditemui lagi, tetapi Hunters boleh memperoleh Player Cards watak kegemarannya dan kemungkinan pemain untuk menang berubah apabila mereka naik turun leaderboard yang mengubah nilai kad pemain.

Memang tidak dinafikan game itu adalah jemputan sahaja, bagaimanapun ramai orang sudah menggunakan X untuk berkongsi kod jemputan termasuk carian pantas “ggdotzip codes” yang akan memaparkan beberapa kod.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat