Ganas! Facebook Benarkan Penggunanya Untuk Kecam Rusia & Putin

369

‘Sebarkan kebencian umpama sebarkan info palsu di group whatsapp family anda, wahai pengguna Facebook sekalian.’

Meta Platform Inc akan membenarkan pengguna Facebook dan Instagram di beberapa buah negara untuk mengeluarkan posting mengecam keganasan tentera dan pencerobohan Rusia ke atas Ukraine.

Kenyataan tersebut telah diambil daripada e-mel dalaman oleh Reuters yang menerangkan perubahan polisi sementara bagi dasar ucapan kebencian (hate speech).

Syarikat gergasi media sosial itu juga akan membenar beberapa posting yang ‘menyeru’ kematian Presiden Rusia, Vladimir Putin dan Presiden Belarus, Alexander Lukashenko di negara-negara sekutu termasuk Moscow, Ukraine dan Poland.

Namun, posting menyeru kematian pemimpin itu tidak boleh mengandungi sasaran lain atau mempunyai 2 petunjuk kredibiliti seperti lokasi dan kaedah.

Perubahan dasar sementara tersebut dikuatkuasakan di Latvia, Lithuania, Estonia, Poland, Slovakia, Hungary, Romania, Rusia dan Ukraine.

Sebagai makluman, pada minggu lalu pihak Rusia telah melarang penggunaan Facebook di negaranya sebagai tindak balas kepada sekatan akses media Rusia.

Umum menegtahui bahawa Rusia telah mengenakan tindakan keras terhadap syarikat teknologi termasuk Twitter, yang dihadkan penggunaanya di negara itu, semasa pencerobohan ke atas Ukraine berlaku.

Banyak platform gergasi media sosial telah mengumumkan sekatan kandungan terhadap Rusia termasuk menyekat media negara tersebut, RT dan Sputnik di Eropah.

Dalam pada itu, e-mel tersebut turut menyatakan kebenaran untuk memuji batalion Azov sayap kanan yang biasanya dilarang.

Menurut jurucakap Meta, Joe Osborne, syarikat buat masa ini membuat pengecualian bagi Rejimen Azov dengan ketat dalam konteks mempertahankan Ukraine atau peranan mereka sebagai Pengawal Kebangsaan Ukraine.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat