Gara-gara Data Ini, USD Tersungkur Lebih Rendah!

491

Tidak cukup dengan kenyataan mengecewakan daripada Federal Reserve (Fed), bacaan data pertumbuhan ekonomi AS turut menambah kedukaan buat US dolar sehingga mendorong matawang gergasi itu ke paras terendah satu bulan.

Terdahulu, bacaan awal data Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) menunjukkan ekonomi AS bertumbuh pada kadar tahunan 6.5% pada suku kedua, jauh di bawah sasaran pasaran untuk kenaikan 8.5%.

Menambahkan lagi kekecewaan pelabur, adalah apabila data tuntutan faedah pengangguran AS turut menunjukkan kenaikan lebih tinggi daripada jangkaan pada minggu lalu, walaupun sedikit menurun daripada bacaan sebelumnya.

Hal ini telah menyebabkan hasil bon perbendaharaan AS untuk susut lebih rendah dan turut mengheret matawang US dolar ke bawah. Ketika penulisan, indeks dolar diniagakan di sekitar harga 91.95 berbanding sekumpulan matawang utama.

Pasaran kini menantikan satu lagi pengeluaran data perbelanjaan penggunaan peribadi (PCE) AS pada malam ini, yang dikatakan menjadi data inflasi pilihan Fed sebagai rujukan dalam penetapan dasar.

Sementara itu, matawang euro meningkat ke tahap tertinggi satu bulan berbanding US dolar, dengan tumpuan pelabur kini tertumpu pada penerbitan data anggaran pertumbuhan ekonomi dan inflasi di Zon Eropah.

Pound sterling turut melonjak ke paras ketinggian satu bulan dengan sokongan daripada dagangan greenback yang lebih lemah, di tengah peningkatan semula kes coronavirus di Britain.

Matawang berkaitan komoditi iaitu dolar Aussie, New Zealand dan Kanada turut meningkat lebih tinggi menyusuli kelemahan US dolar.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat