GBP/JPY Bakal ‘Terjun’ Semula?

634

Kenaikan harga pada carta pasangan mata wang GBP/JPY juga turut dibantutkan oleh keputusan mesyuarat dasar monetari bank pusat England pada sesi Eropah semalam.

Mata wang Yen Jepun dilihat tidaklah begitu kukuh didagangkan, namun pergerakan harga lebih didorong oleh Pound yang menjadi tumpuan para pelabur.

Kenyataan bernada dovish oleh BOE telah menyaksikan penyusutan semula Pound sehingga sesi New York semalam setelah berjaya pamerkan prestasi baik sejak awal minggu.

Sehingga dagangan Rabu, harga yang telah membuat kenaikan dilihat mula mendatar di paras 155.00 sebelum keputusan mesyuarat BOE semalam telah menekan semula harga turun ke paras sokongan 154.00 pada zon RBS (resistance become support).

Pelabur berjaga-jaga untuk isyarat trend bearish semula untuk carta GBP/JPY selepas harga mula bergerak di bawah paras rintangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam.

Untuk trend penurunan harga lebih jelas, pelabur menantikan harga untuk turun lebih rendah melepasi zon RBS 154.00 untuk menuju semula sehingga ke paras 152.00.

Seterusnya, paras terendah yang dicecah awal minggu sekitar 151.300 akan diuji sebelum mencatatkan paras terendah terbaru dengan jangkaan awal ke paras sekitar 150.600.

Namun jika harga berjaya mencatatkan lonjakan semula, paras 154.800 dilihat sebagai zon rintangan yang perlu ditembusi harga.

Kenaikan lebih tinggi akan melepasi paras 155.00 sebelum harga meneruskan kenaikan menuju zon rintangan pada 156.00-156.500.

Lihat gambar carta pasangan mata wang GBP/JPY di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK SINI

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat