GBP/JPY Bearish! Inilah Faktor Buatkan Harga Menjunam Jatuh

237

Kenapa trader perlu perhatikan pergerakan pada carta pasangan mata wang GBP/JPY di penghujung minggu ini? Ada sebab kenapa corak harga sedang menurun.

Dua faktor yang kini dilihat sedang mempengaruhi kedua-dua mata wang Pound dan Yen ketika dagangan menghampiri penghujung minggu ini.

Pertama petunjuk yang sedang dinilai pasaran terhadap dasar monetari bank pusat Jepun (BOJ) yang berkemungkinan akan mengubah corak polisinya yang dikekalkan terlalu longgar sebelum ini.

Justeru, jangkaan terhadap perubahan ini mendorong pengukuhan awal nilai Yen sejak sesi Asia pada Khamis semalam.

Sementara mata wang Pound pula terus didagangkan suram sepanjang minggu ini dengan tumpuan adalah terhadap terbitan data ekonomi UK.

Bacaan Keluaran Dalam Negara Kasar (GDP) UK untuk November lalu yang diterbitkan di sesi Eropah sebentar tadi menunjukkan pertumbuhan lebih perlahan pada 0.1% daripada bulan sebelumnya 0.5%, namun sedikit positif berbanding unjuran menguncup kepada -0.2%.

Keseluruhannya termasuk data ekonomi tambahan lain seperti pengeluaran perindustrian dan imbangan dagangan barangan dinilai adalah suram.

Oleh itu, dengan pengukuhan Yen serta Pound yang lemah, harga pada carta GBP/JPY jelas menunjukkan corak penurunan sejak semalam.

Pada mulanya, harga yang mendatar dari awal minggu di atas zon 160.500 kemudiannya telah menjunam sehingga mencecah paras tumpuan pada 157.700 di sesi New York semalam.

Isyarat bearish kelihatan pada carta harga GBP/JPY apabila harga mula bergerak di bawah paras halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam.

Corak penurunan terus disambung lagi pada hari ini (Jumaat) dan setakat jam 3 petang waktu tempatan, harga telah mencecah paras sekitar 157.00 dan tidak menunjukkan reaksi yang ketara ketika data ekonomi UK itu diterbitkan.

Penurunan harga yang dilanjutkan ke sesi berikutnya dilihat akan menguji zon support minggu lalu sekitar 155.500 sebelum sasaran lebih rendah akan terarah pada zon 153.00 pula.

Namun sekiranya berlaku lonjakan harga sebelum penutupan dagangan minggu ini, melepasi semula paras 157.700 akan menyaksikan harga akan cuba melepasi halangan MA50.

Jika berjaya lepasi, akan menjadi isyarat awal untuk harga mendaki semula lebih tinggi ke paras 160.500 yang menjadi tumpuan sebelum ini.

Lihat gambar carta harga pasangan GBP/JPY di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat